Wednesday, December 15, 2010

Home » » Bersumpah Selain Dari Nama Allah? Takpe Ke?

Bersumpah Selain Dari Nama Allah? Takpe Ke?



Salam Bloggers!

harinih ak bercerita tentang tabiat orang kita nih.. yang selalu dilakukan tanpa mereka sedari iaitu bersumpah mengenai sesuatu selain dari nama Allah S.W.T.. contohnya, " Sumpah atas mak ak, akxpernah buat benda-benda tuh"..

apa hukum kepada orang yang buat begini? tidak ape ker?




Secara amnya, bersumpah selain dari nama Allah S.W.T. adalah berdosa.. dan hukumnya boleh jadi antara syirik kecil dan besar.. terjadinya suatu sumpah itu jadi syirik kecil apabila seseorang tuh, bersumpah dengan sesuatu makhluk seperti atas nama Nabi, Kaabah, orang tua, kehormatan, anak dan sebagainya.. ini jadi syirik kecil kerana seseorang itu mengagungkan selain dari Allah S.W.T

Suatu sumpah tuh boleh jadi syirik besar, dimana seseorang individu tu, bersumpah selain dari Allah, seperti wali atau sebagainya dan mempercayai ia ada kuasa sekiranya seseorang itu mungkir dengan sumpahnya.. so kat sini, seseorang tuh dh mempercayai wali or sebagainya itu boleh mendatangkan mudharat kepada pemungkir sumpah itu..

antara hadis Rasullah berkaitan dengan sumpah :

Sabda Rasulullah S.A.W.. :
“Janganlah kamu bersumpah dengan nama bapakmu, atau ibumu, atau sekutu-sekutu. Janganlah kamu bersumpah kecuali dengan nama Allah. Dan janganlah kamu bersumpah kecuali dengan berkata benar.” (Shahih, riwayat Abu Daud.)

Sabda Rasulullah S.A.W.. :
“Barangsiapa bersumpah, tetapi mengatakan : “insyaallah”, maka jika dia mau, boleh melaksanakan sumpahnya; dan jika tidak, boleh tidak melaksanakan tanpa harus membayar kaffarat.” (Hadits Shahih, riwayat An-Nasa’i.)





kalau seseorang itu bersumpah kerana nak berbuat maksiat atau bersumpah nak memutuskan silaturahim, maka sumpahnya itu kira tak boleh dilaksanakan, dan orang buat sumpah tuh kena kaffarat or denda..

nih boleh dilihat pada Surah Al - Maidah : 89 yang bermaksud :

Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah dia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah dan jagalah (peliharalah) sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (hukum-hukum agamaNya) supaya kamu bersyukur. 
Dalam ayat nih sudah jelas bahawa hukuman yang kena dilakukan oleh si pelaku sumpah yang bersalah.. jadi peliharalah sumpah anda.. jangan bermain dengan sumpah, nanti termakan sumpah taw.. jangan juga ikut sangat perasaan dan bersumpah atas benda-benda yang tak sepatutnya..

macam peribahasa melayu, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya..

p/s :  Semua yang baik datang dari Allah S.W.T.. yang buruk datangnya dari kita juga.. semoga dapat memperbaiki diri kita :)

10 kali Burp!!:

hans said...

sumpah kan ada caranya
sumpah macam tu rasa2 xsah lah
entah
kena tanya orang yang pandai bab2 nih

P/S : Nasiblah Ekau Menang Tony Fernandes! Kalau Tidak Memang Fobia Den Nak Naik Kapal Terbang!

P/S : Apabila Si Gila Bertemu Si 'Gila'! Hans Conan Menyiasat!

iqbalhakimi said...

uish..sumpah man leh maen2..salam kenal.. =)

Fiqah Alias said...

btol3..mane boleh sumpah2 nie..tambah2 kalo selain nama Allah...jadi jalan selamat,janganla sesekali nk bersumpah gtu walaupon utk yakinkan org...except bersumpah dgn nama Allah...takut syirik jer..na'uzubillah...

Izzat Aziz said...

aku dengar sumpah atas Quran pun tak betul.. kalau guna Quran biar niat kita nak bersumpah atas Allah melaui perkataanNya.. sebab Quran tu perkataan Allah.. tapi macam bangsa lain diorang selalu bersumpah atas kubur mak dia, bersumpah atas nama ayah dia dan macam-macam lagi lah.. kita manusia hanya boleh bersumpah dengan Allah..sebab bersumpah dengan benda lain tu Allah je bleh buat.. contoh Allah bersumpah dengan masa.

Burp said...

hans : bersumpah bile perlu oh~ dahn bersumpah just atas nama Allah sahaja.. huhu..

iqbalhakimi : betul! dimkn dek sumpah nnt leh jdi xbetul.. huhu..

fiqah : exactly ma point! :P

izzat : betul tuh.. igt saiful buat cane? dorg kate buat camtuh meniru cam agama lain buat.. tapi tuhla, kita bersumpah xleh main2.. burok padahnye ohh~

da[Y]un said...

orang cakap jgn men2 ngan perkataan sumpah ni, nnt dimakan sumpah, betul ke ek

Burp said...

dayun : betul.. sebab ade sorg kat kg saya ada sorg tuh cam terkena dgn sumpah die balik.. die jadi cam xbtul..

amira said...

hurm.. tu lah orang sekarang..main sumpah2 tak tahu hukum.. tq sharing

Lina_Lin said...

lina salu tgk dlm cite hindustan yg kalo bersumpah,suke bersumpah ays mak dorg..ta sepatutnye kite ikt betol x?

Burp said...

amira : betul tuh mira~ :)

lina : hahaha~ xpatut.. cter hindustan tuh mmg lari abis dh~ :P