Friday, February 17, 2012

 Kord Lagu Obsesiku - Aqasha ( Gemersik Kalbu )

Assalamualaikum semuaa!!

Yeah! selamat datang kepada yang sudi datang ke blog yang tak seberapa ni, terima kasih diucapkan.. tak kisah walaupun first time ataupun dah banyak time datang ke sini.. hehehe..


So, hari ini kita nak bercerita pasal apa? haa~ hari ini aku nak kongsi dengan korang yang tahu main gitar ( tak tahu pun boleyy ), iaitu kord lagu Obsesiku nyanyian Aqasha.. lagu ini sebenarnya sudah lama ada, tapi ramai yang dapat tahu balik bila lagu ini jadi lagu tema untuk drama Gemersik Kalbu dekat TV3 nuhh... lagu nih agak bluesy bagi aku, kebanyakkan kord dekat dalam lagu ini pun ada kord yang selalu digunakan dalam muzik blues..so, aku pun mula tengok video dia, dan cuba mendapatkan kord yang die main setiap kali dia  buat show.. dan akhirnya..... aku dapat juga! hehehe~


Tak dapat nak disangkal, mula-mula aku menyampah jugak dengar lagu ini ( maaf bang Qasha! ), sebab, agak naughty jugak lah dia punya lirik.. hahaha.. tapi lepas lama-lama, aku minat dengan melodi dia, so dari situ, terfikir, best pulak lagu nih~ hahaha.. so, tanpa membuang masa lagi! moh kita main lagu ini dekat gitar-gitar anda sekalian....


Tuesday, February 14, 2012

 Tamiya Penghibur Zaman Kanak-Kanak




Assalamualaikum semua! :)


Hari ini aku nak berkongsi dengan korang antara permainan masa aku menjadi kanak-kanak riang dahulu pada zaman 90-an.. bukan macam zaman kanak-kanak sekarang, semua nya lengkap dengan gadget yang canggih-canggih.. tak payah keluar rumah nak berseronok..


Tapi tak pada zaman aku dahulu, kalau nak beriang-ria, memang keluar rumah lah jawabnya, pergi rumah jiran, berjumpa, ketawa, bergaduh mulut, dan bergaduh tumbuk.. sekarang? bergaduh di internet, CAPS LOCK, tanda '!!!' dan bahasa yang kasar sahajalah yang menunnjukkan perasaan amarah seseorang itu.. hehehe..


Antara permainan yang aku ingat samapi sekarang ialah, Tamiya.. haa~ apa itu Tamiya? Tamiya nih brand permainan kereta sebenarnya.. tapi dek disebabkan biasa sangat menyebut Tamiya, so, sesiapa yang sebut je Tamiya, perkara yang pertama akan teringat di kepala adalah ini:



Inilah dia, sebuah kereta Tamiya yang berkuasakan bateri AA untuk berjalan.. dahulu, aku ingat lagi bila jiran aku buat trek Tamiya ini daripada kayu playwood, yang di gam atas meja pingpong dia yang tak dipakai, walaupun trek senang, cuma ada 2 lane dan berbentuk bulat, tapi itulah hiburan yang paling best yang pernah aku alami...


Sebiji kereta Tamiya ini berharga dalam RM5 hingga RM10 tak silap, kalau nak power sedikit, beli lagi yang mahal.. nama kereta Tamiya aku dulu ialah Max Breaker.. power gila~ =p kegilaan main benda nih apabila nak upgrade-kan kereta yang sedia ada menjadi selaju yang mungkin.. kalau boleh laju sampai nak tercampak dari trek.. hehehe.. dan benda pertama yang orang akan beli ialah enjin Tamiya yang berbentuk begini :



ini ialah hati jantung sesebuah kereta, takda benda nih, memang tak jalan.. hehehe.. enjin ini ada banyak jenis, dan selalunya, akan dibezakan melalui warna kepala enjin itu, dari yang paling lemah iaitu warna putih, oren, hijau, merah dan hitam.. dan harga enjin nih juga berbeza, seingat aku, aku pernah beli yang paling mahal dekat kedai berharga RM29.. kepala oren dan berbadan hitam.. memang laju tak ingat punya.. hahaha.. bangga sekejap time tuh..


dan upgrade yang kecil-kecilan ialah, tukar tayar kereta Tamiya itu menjadi tayar span yang selalunya datang dalam warna pelangi, rim kereta dan sayap kereta depan dan belakang.. memang time tuh best sangat dan sanggup berbelanja banyak demi satu kereta itu sahaja.. hehe...


selepas itu, dah puas, bateri dah habis, pergi pula main video game PS1, yang mana ada game saing-saing Tamiya yang bertajuk Eternal Wings - Lets Go.. game nih memang sangat-sangat addicted masa tu.. memang tak ingat apa... 


contoh game Eternal Wings

ok! itu sahaja yang aku nak kongsi dengan korang.. harap korang enjoy dengan entry kali nih.. =P


Assalamualaikum :)


Saturday, January 28, 2012

 Killer 8




Assalamualaikum dan selamat petang~

Entri nih merupakan entri pertama dalam tahun 2012, "tahniah" diucapkan kepada saya.. huhuhu.. maaf, sebab dah lama tak update blog nih ( ada ke yang nak baca? ) biasalah, pelbagai halangan yang terpaksa ditempuh, seperti, kekurangan material untuk ditulis, dan bila ada material *cough* kemalasan *cough* mula melanda.. hahaha..


So, apa isu untuk kali ini? tak ada apa isu sangat, cuma, terfikir yang tak lama lagi saya akan kembali ke UiTM Seri Iskandar, Perak pada bulan 3 ini, untuk menyambung balik semester terakhir, iaitu semester 8.. ramai yang mengatakan, semester 8 nih tersangat lah susah, lambat tersedar, padahlaa, apa laa~ dah macam ayat drama.. hehehe.. tapi apa yang mereka rungutkan tuh, memang ada betulnya, semester 8 nih tak seheaven macam yang disangkakan macam semester yang lepas-lepas...


Semua perasaan ada, excited ada, cuak ada, takut ada, semuanya lah... macam blender yang ade semua bahan yang di masak bersama-sama.. hahaha~ buku pun dah dibeli dari member, cuma duit je tak bagi lagi, takda duit lagi.. huhuhu~


So, diharap, student yang sama macam saya, yang berada di semester terakhir, tak kisahlah sama ada, sijil, diploma, degree, master mahupun phD, buat betul-betul la yer? all the best for you all.. takkan nak duduk lama-lama kat tempat tuh kot? :p katakan TAKNAK kepada REPEAT! :p