Saturday, June 25, 2011

 Aku Diuji Di Pagi Jumaat Yang Mulia




Tarikh 24/6 takkan aku lupakan sampai bila-bila.. yang mana, buat pertama kali rumah aku berjaya dimasuki dek pencuri a.k.a setan.. aku dikejutkan dengan suara emak aku menjerit "pencuri-pencuri-pencuri" dengan suara yang kalau seorang anak dengar, memang jatuh luluh jantung nya sebab gementar nya suara tuh..


kejadian nih berlaku pukul 6.20 pagi.. emak aku dah bangun masak kuih, aku still tido lagi sebab kunci jam pukul 6.35.. dengan tak sedar apa, si setan tuh berjaya mencuri dompet aku yang kad ATM, duit RM40 dan Sony PSP kepunyaan adik aku..


budak tuh berjaya masuk selama 1 minit sebab emak aku tersedar bunyi pintu terbuka.. emak aku ingatkan aku nak keluar rumah, tapi selepas ditegur, lembaga setan yang hanyalah sebesar budak kecik berumur 10 tahun, terus bangun dari membongkok dan lari macam setan selepas ambil barang-barang yang dia nak.. selamat dia tak sempat lama dalam rumah aku, kalau tak, dengan laptop pun dia sapu...


apa yang paling mengejutkan ialah, aku yang sedang tidur di ruang tamu pun, dia berani lagi masuk, sebab semua barang-barang nih ada di ruang tamu... tak sempat nak kejar atau buat apa-apa.. aku cuma dapat melaporkan pada polis pada blah tengaharinya, buat ic sementara selepas solat jumaat, kemudian pergi pula ke Bank Islam, delete rekod kad ATM yang lama.. sangat-sangat, menyusahkan..


mungkin bukan aku sahaja yang kena uji pada hari Jumaat nih.. time aku sampai dekat balai polis, ada yang lagi malang.. seorang warga indonesia kena rogol dengan pemandu teksi.. aku bersyukur aku tidak lah diuji dengan sebegitu berat macam orang itu.. syukur takda sesiapa yang cedera sebab pencuri nih hanyalah seekor setan yang kecik...


dan itulah... aku diuji di pagi Jumaat yang mulia...


p/s: benda sudah ditakdirkan... Allah Maha Adil.. kau tunggu jerla setan...doa orang yang teraniaya, antara doa yang dimakbulkan Allah...

Thursday, June 23, 2011

 Selamat Datang Kepada Pengurus Baru Chelsea, Andre Villa Boas





Andre Villa Boas selamat sudah menjadi pengurus baru di Chelsea selepas beberapa banyak khabar angin yang mengatakan Guus Hiddink yang akan mengambil alih Chelsea selepas pemecatan Carlo Ancellotti pada perlawanan akhir Chelsea season lepas..


Andre Villa Boas, yang berumur 33 tahun, sebaya dengan  Frank Lampard dan juga Didier Drogba, berjaya dilantik selepas owner Chelsea Roman Abramovich, membayar sebanyak 13.5 million kepada FC Porto.. jumlah nih adalah yang termahal dalam sejarah EPL untuk seorang pengurus... die kan ada duit banyak.. pedehal? hehehehe... dia nih juga antara pengurus yang termuda untuk mengurus sesuatu pasukan di dalam liga EPL..


So, apa yang membuatkan dia nih pengurus yang berstatus hot stuff? pengurus muda nih dikatakan memimpin pasukan FC Porto dalam memenangi Liga Portugis di samping memenangi Piala Eropah.. style laa kan? baru satu season dengan Porto, dia dapat menang piala, sama macam kes Carlo Ancelloti.. ehehe...


Mungkin ada yang tak tahu, yang Andre Villa Boas nih pernah bekerja di Chelsea, tetapi sebagai backroom staff.. dia bekerja pada era Jose Mourinho memimpin Chelsea.. dia juga dianggap dek Jose Mourinho sebagai "mata dan telinga" untuk beliau.. Andre Villa Boas juga antara yang bertanggungjawab untuk memilih mana pemain yang main untuk pasukan Chelsea.. dia juga bertanggungjawab untuk mengintai a.k.a scout pasukan lawan dan mengumpul data pasukan lain... banyak gak kerja mamat nih..


well, in short, dia antara candidate yang aku minat selepas aku baca dia punya biography nih.. not bad, tapi mempunyai risiko sebab terlalu muda untuk memimpin sesuatu pasukan yang besar... jangan kena pecat lagi dahlah.. hihihi.. bagi aku, dia adalah seorang yang tahu tactical, yang mana pengalaman dia bekerja sebagai scout..


p/s : hoyeahh! tapi yang buat aku sedih.. aku tak dapat nak tengok Chelsea datang Malaysia... kelija... =(

Tuesday, June 21, 2011

 Tutorial: Cara Unblock Website Yang DiBlock



Ramai yang tertanya-tanya dekat Facebook, betul ke laman web Piratebay.org contoh nya kena block? aku pun naik heran, dah ada yang kena block ke, sebab aku try masuk ok jer.. haa! ada caranya nak tembus website yang kena block tuh.. macam mana cara nya? senang jer..


korang kena setting sedikit dekat korang punya adapter setting di komputer korang.. mana-mana yang tak tahu lagi, bolehlah mencuba ek.. yang dah tahu tuh! terboyek! :p


Monday, June 20, 2011

 Gempar! Kucing Makan Cendol

hari nih, aku terjumpa kucing ajaib,sedang kucing lain sedap menikmati Friskies dam lain-lain makanan kucing.. tapi aku terjumpa kucing, yang mana, dia pun makan cendol gak macam manusia biasa.. duduk kat gerai cendol, pastu makan cendol...


lama jugak aku perhatikan kucing nih, owner dia yang memang jual cendol, bagi kat kucing nih makan cendol guna bekas khas untuk kucing sekor nih.. sedang dia makan cendol tuh, sempat jugak aku tangkap gambo kucing comel nih..


haaaa~~


Monday, June 13, 2011

 Telur Berbentuk Buah Pear




Sedang blogger lain sibuk dengan mengupdate pasai Konsert Final Akademi Fantasia yang bagi aku tak berapa nak Fantasia pun, aku bawakkan dekat korang pasal cerita telur.. hehehe~ sorry laa nyah.. mak tak layan AF nih.. hahaha...



Haa! pernah jumpa telur yang berbentuk pear? ade ke? selalunya macam bentuk gambar di atas kan? itulah yang aku jumpa pagi tadi masa aku menolong Mak Lang aku di kedai makan nasi lemak dia pagi tadi.. sedang tengah berehat-rehat tunggu customer datang nak meng-order air mereka, aku ternampak satu telur nih.. nampak pelik..


Selalunya telur nih berbentuk bujur, tapi yang nih ajaib bin pelik sedikit.. yang mana telur nih ada berbentuk buah pear.. hahaha.. besar kat belah bawah dia, tapi kecik kat belah atas.. lebih kurang macam bentuk pear laa kan? so, apa lagi, tangan pun gatai nak snap satu dua.. jarang woo aku nampak telur bentuk camnih...



haa~ ke macam biasa?

bandingkan dengan bentuk telur yang biasa...


agaknya ayam tuh, teran kuat sangat kot time nak keluarkan telur nih.. hehehe... :p apa-apa pun. kuasa Tuhan, siapa pun takleh nak halang... :D


p/s: penat seharian bekerja.. ramai lak tuh orang.. fuhh!! ohh! Ganu menang! yeahhh!! :d

Friday, June 10, 2011

 Away Kit Chelsea 2011/2012 Menawan Kalbu




Hari ini Chelsea FC mengumumkan Away Kit 2011/2012 mereka.. dan apa yang boleh aku komen pasal jersi baru ini ialah... sangat-sangat-sangat lah SUPERB.. hahaha.. well, anda tanya dekat fans Chelsea, so mestilah saya bagi 5 bintang.. hehehe.. cuma kali nih aku betul-betul terberkenan dengan jersi nih..


Bagi aku, pertama kali aku pandang jersi ini aku rasa macam sangat best.. simple but nice.. dengan corak petak-petak biru gradient dengan warna hitam jersi tu, cukup  buatkan aku rasa sangat terpikat.. memang cinta pandang pertama dengan baju nih.. jom tengok baju nih.. cantik kan? kan? kan? kan?

captain Terry 

Fernando Torres


Sebelum ini aku jatuh cinta dengan jersi home 2010/2011,  sebab rekaan dia pun simple, aku suka tang kolar dia, ada warna merah dalam jersi punya baju.. menampakkan lagi dia punya aura seri.. hehehe.. tapi tuhlah, duit takde masa tuh, tak sempat nak beli, sedih betul.. =( tapi yang 2011 punya nih, wajib dibeli dan yang membuatkan aku lagi excited adalah sebab, aku nak beli yang ori punyaa! yeayy! =D tuh bestnya bila single-mingle kekadang, bajet untuk diri sendiri jer.. hehehe..



So, kiranya, aku kena kira balik bajet nih, dengan nak beli gitar nya, aku dah bajet dalam RM600, lesen lagi, RM1000, dengan jersi nih, RM300..tuh kalau aku tak letak no kegemaran, no 10.. hehehe.. RM1900 total semua nya? camtuh jer? hahaha.. tak kisah! kali nih jerrrr~ hehehe....


p/s : boleh laa buat jersi tuh baju raya.. hahaha! :p oh! hari nih, merasa pegang gitar akustik yang berharga RM1000... member punya.. tuh pun.. SUPERB jugak

Wednesday, June 8, 2011

 Jam Digital Yang Menghilangkan Duit Akaun Bank Anda

Haa! sape yang tak pernah guna alarm jam untuk bangun pagi? rasanya, semua orang guna alarm jam untuk menolong mencelikkan mata yang terkatup tuh.. hehehe.. tapi apa yang selalu anda buat bila alarm berbunyi?.. sesungguhnya, tangan tuh dah hafal dah kat mane butang snooze kan? snooze punya snooze, pastu lambat nak pergi kerja..


tapi sekarang, jangan risau, kerana ada jam yang akan membangunkan anda tak kira betapa mengantuknnya anda.. sebab apa? sebab setiap kali anda tekan butang snooze, jam nih akan ambil duit dari akaun bank anda, dan kemudian menyedekahkan duit itu dekat badan-badan kebajikan.. haaa! best kan?





apa jenis jam nih? jam nih diberi nama SnūzNLūz.. jam nih akan connect dengan internet atau wifi untuk berfungsi.. dan ketahuilah, setiap kali anda tekan butang snooze, jam nih akan ambil duit anda~ korang mesti bangun punya, mengingatkan yang duit korang kena ambil dan didermakan.. bayangkan.. setiap kali tekan dan $10 akan diambil.. 5 kali tekan? $50.. nice~ kena 10 hari? $500.. hahaha..




bestkan? pastikan korang dapatkan satu letak kat rumah korang.. hik3...






p/s : jam nih sebenarnya tipu-tipuan jer, dari website ThinkGeek.. tapi, kalau lah ada.... hehehe



Monday, June 6, 2011

 Teringin Nak Jadi Macam Ainan Tasneem




Siapa yang tak kenal dengan cik Ainan Tasneem? beliau adalah salah seorang penyanyi yang meng-cover lagu orang.. suara pun sedap, first time tengok video dia adalah video dia nyanyi lagu Keluang Man, hahaha.. comel gilerr time dia nyanyi part "Keluang Man~ Keluang Man~ Keluang Mannnnnnnnnn~~".. cik Ainan Tasneem kita juga banyak lagi cover lagu-laguan yang lain..


tapi beberapa hari yang lalu, aku pula yang teringin nak jadi macam cik Ainan Tasneem kita nih.. oh no! bukan nak jadi perempuan, tapi nak jadi salah seorang penyanyi yang cover lagu artis lain.. yang typically, akan duduk di kerusi atau mana-mana port yang cantik or senonoh sket..dan duduk menghadap laptop yang ada webcam dalam mode recode.. senonoh means takdelah dalam bilik air.. haa! jangan terkejut kalau ada yang main gitar dalam bilik air, sebab memang ada.. bilik air adalah satu tempat yang best, sebab dia ada echo, tak caya pergi la test! cuba try!.. :p


tapi sedap ke suara? hahaha! memang tak lah.. dah berapa kali test dan memang tak sedap.. pitching ke laut Artik sana! hahaha.. tapi tuhlah.. teringin jugak nak buat.. nak nyanyi tapi sorok muka, haa~ sorok yang macam mane? yang macam nih~





hahaha! buat camtuh, kureng sket malu-maluan nya.. tengok laa nanti,.. ingat nak cover lagu "Dakmie - Yang Terindah" tapi lagu "Radiohead - Karma Police" pon best jugak.. hmm.. yang mane satu meh?....


p/s: sumbang-sumbing

Friday, June 3, 2011

 Hari Pertama Praktikal

macam gua hari nih....

Hoyeahh! kepada mereka-mereka yang dah mula praktikal di firm masing-masing amnya.. dah pada pelajar-pelajar degree akaun UiTM khasnya.. kebanyakan nya akan mula pada hari ini, 1/6/11 dan akan tamat pada 30/11/11.. berlangsungnya praktikal yang best ( best ke? ) nih selama 6 bulan..


Pada mereka yang tinggal dekat Setapak, aku punya firm di Diamond Square Setapak, KL.. malas nak buat jauh-jauh, hehehe, tak kisah laa elaun rendah dari member-member lain.. ada yang buat kat KL sampai dapat RM1000... wow kan? tapi kerja nya, mestilah setimpal macam RM1000 jugak.. hehehe..


So, apa jer yang aku buat pada hari pertama? pada hari nih, biasalah, jumpa Big Boss kat firm, kena briefing pasal tempat kerja, pasal etika la.. siap kena warning jangan macam-macam.. aku plak naik cuak lak nak berkerja.. ehehe.. pastu, dikenalkan dengan semua staff, ditunjukkan aku mana meja tempat operasi aku.. blah pagi sampai ke tengahari, aku diminta untuk study sekejap pasal software UBS.. sebelum nih tak pernah guna, aku guna MYOB .. agak payah di situ.. =( tapi ape yang bestnya, UBS aku ada error, so aku tak mula lagi kerja aku hari nih.. cantek~!! hahaha..


blah petang plak, aku diminta untuk menolong senior dalam department akaun, cek bank statement dengan apa yang direkod dek senior aku.. 2 jam jugaklah menge-cek bersama beliau.. oh ya~ ramai jugak dekat firm aku tuh, sampai aku terlupa jer nama dorang.. hehehe.. awal lagi.. maafkan guaa~ :p


takpelah, esok adalah hari kedua, mungkin UBS aku free dari error.. haihh.. kena buat akaun lah esok nih.. start mengejar dateline sepertimana buat assignment bak boss aku cakap.. takpe boss! saya akan buat habeh baik.. mungkin juga aku akan berada 3 bulan di akaun department dan 3 bulan di audit department plak.. haihh.. pening nih... tapi tuhla, nature seorang budak akaun...


p/s: cepatlah abeh~ cepatla abeh~ hihihi :p

Wednesday, June 1, 2011

 Perhatian Kepada Peminat Puting Susu



Puting susu, adalah salah satu alat nak mendiamkan bayi yang merengek menangis, yang asyik bising nak berkepit dengan emak mereka.. hehehe.. bila dah besar, takde yang nak menghisap puting susu lagi.. tapi bagi mereka yang gian sangat nak dengan puting susu nih, ada jer untuk orang besar punya..

yang macam mane tuh? haaaa~ boleh digunakan bila-bila anda nak~ oh nope~ nih bukanlah entri lucah~ >.<"