Showing posts with label personal. Show all posts
Showing posts with label personal. Show all posts
Sunday, November 24, 2013
Rindu Yang Teramat
Assalamualaikum Burpers!
Wahh, lama sungguh tak buat satu entri untuk blog GombakMali nih... Seriously, memang rindu nk ber blog balik, update semua entri untuk di baca, tapi apakan daya busy memanjang je (alasan!).. Rindu juga nak berkongsi cerita yang jadi sepanjang 1 TAHUN LEBIH tak update nih..
Macam macam yang berlaku, dapat kerja, berhenti kerja dan dapat kerja baru.. Dari tak ada motor, Alhamdulillah, sekarang ada rezeki dapat motor dan InsyaAllah, ada rezeki keluar kereta pula.. Dari tak pernah pernah jatuh motor, first time merasa jatuh motor (sakit woo!).. Dari badan sebesar alam jadi kurus melidi.. haa! ada yang fikir apa rahsia ke? :P nanti saya ceritakan yang tuh lagi lanjut naa..
Sekarang pon, dah terasa agak noob untuk berblog, dekat mana nak ping blog? macam mana nak tarik trafik semua?.. dan paling rindu nak ber blogwalking.. Itu antara satu aktiviti yang wajibul ghunnah suatu ketika dahulu.. hehehe...
InsyaAllah, nih la entri permulaan yang baru untuk blog Gombakmali nih, akan merajin kan diri untuk update blog nih.. Penat dah halau bangau bangau yang ada bersarang dekat blog nih.. hehehe..
Oh! Alhamdulillah, terima kaseh sangat kepada yang sudi datang secara sengaja atau tak sengaja dekat blog saya nih, kerna anda, Nuffnang saya masih lagi berjalan walaupun sedikit sedikit.. Macam mana nak kumpui duit nak beli gitar lagi nih? hehehe..
sekian dahulu! nanti saya update cerita yang best punya! :)
Assalamualaikum :)
p/s: Burpers, panggilan untuk readers blog GombakMali! hahaha~
Tuesday, February 14, 2012
Tamiya Penghibur Zaman Kanak-Kanak
Assalamualaikum semua! :)
Hari ini aku nak berkongsi dengan korang antara permainan masa aku menjadi kanak-kanak riang dahulu pada zaman 90-an.. bukan macam zaman kanak-kanak sekarang, semua nya lengkap dengan gadget yang canggih-canggih.. tak payah keluar rumah nak berseronok..
Tapi tak pada zaman aku dahulu, kalau nak beriang-ria, memang keluar rumah lah jawabnya, pergi rumah jiran, berjumpa, ketawa, bergaduh mulut, dan bergaduh tumbuk.. sekarang? bergaduh di internet, CAPS LOCK, tanda '!!!' dan bahasa yang kasar sahajalah yang menunnjukkan perasaan amarah seseorang itu.. hehehe..
Antara permainan yang aku ingat samapi sekarang ialah, Tamiya.. haa~ apa itu Tamiya? Tamiya nih brand permainan kereta sebenarnya.. tapi dek disebabkan biasa sangat menyebut Tamiya, so, sesiapa yang sebut je Tamiya, perkara yang pertama akan teringat di kepala adalah ini:
Inilah dia, sebuah kereta Tamiya yang berkuasakan bateri AA untuk berjalan.. dahulu, aku ingat lagi bila jiran aku buat trek Tamiya ini daripada kayu playwood, yang di gam atas meja pingpong dia yang tak dipakai, walaupun trek senang, cuma ada 2 lane dan berbentuk bulat, tapi itulah hiburan yang paling best yang pernah aku alami...
Sebiji kereta Tamiya ini berharga dalam RM5 hingga RM10 tak silap, kalau nak power sedikit, beli lagi yang mahal.. nama kereta Tamiya aku dulu ialah Max Breaker.. power gila~ =p kegilaan main benda nih apabila nak upgrade-kan kereta yang sedia ada menjadi selaju yang mungkin.. kalau boleh laju sampai nak tercampak dari trek.. hehehe.. dan benda pertama yang orang akan beli ialah enjin Tamiya yang berbentuk begini :
ini ialah hati jantung sesebuah kereta, takda benda nih, memang tak jalan.. hehehe.. enjin ini ada banyak jenis, dan selalunya, akan dibezakan melalui warna kepala enjin itu, dari yang paling lemah iaitu warna putih, oren, hijau, merah dan hitam.. dan harga enjin nih juga berbeza, seingat aku, aku pernah beli yang paling mahal dekat kedai berharga RM29.. kepala oren dan berbadan hitam.. memang laju tak ingat punya.. hahaha.. bangga sekejap time tuh..
dan upgrade yang kecil-kecilan ialah, tukar tayar kereta Tamiya itu menjadi tayar span yang selalunya datang dalam warna pelangi, rim kereta dan sayap kereta depan dan belakang.. memang time tuh best sangat dan sanggup berbelanja banyak demi satu kereta itu sahaja.. hehe...
selepas itu, dah puas, bateri dah habis, pergi pula main video game PS1, yang mana ada game saing-saing Tamiya yang bertajuk Eternal Wings - Lets Go.. game nih memang sangat-sangat addicted masa tu.. memang tak ingat apa...
contoh game Eternal Wings
ok! itu sahaja yang aku nak kongsi dengan korang.. harap korang enjoy dengan entry kali nih.. =P
Assalamualaikum :)
Saturday, January 28, 2012
Killer 8
Assalamualaikum dan selamat petang~
Entri nih merupakan entri pertama dalam tahun 2012, "tahniah" diucapkan kepada saya.. huhuhu.. maaf, sebab dah lama tak update blog nih ( ada ke yang nak baca? ) biasalah, pelbagai halangan yang terpaksa ditempuh, seperti, kekurangan material untuk ditulis, dan bila ada material *cough* kemalasan *cough* mula melanda.. hahaha..
So, apa isu untuk kali ini? tak ada apa isu sangat, cuma, terfikir yang tak lama lagi saya akan kembali ke UiTM Seri Iskandar, Perak pada bulan 3 ini, untuk menyambung balik semester terakhir, iaitu semester 8.. ramai yang mengatakan, semester 8 nih tersangat lah susah, lambat tersedar, padahlaa, apa laa~ dah macam ayat drama.. hehehe.. tapi apa yang mereka rungutkan tuh, memang ada betulnya, semester 8 nih tak seheaven macam yang disangkakan macam semester yang lepas-lepas...
Semua perasaan ada, excited ada, cuak ada, takut ada, semuanya lah... macam blender yang ade semua bahan yang di masak bersama-sama.. hahaha~ buku pun dah dibeli dari member, cuma duit je tak bagi lagi, takda duit lagi.. huhuhu~
So, diharap, student yang sama macam saya, yang berada di semester terakhir, tak kisahlah sama ada, sijil, diploma, degree, master mahupun phD, buat betul-betul la yer? all the best for you all.. takkan nak duduk lama-lama kat tempat tuh kot? :p katakan TAKNAK kepada REPEAT! :p
Wednesday, September 21, 2011
Hari Bebas Kereta Sedunia, Relevankah?
Assalamualaikum~
Sudah lama rasanya aku tak menconteng dekat blog buruk aku ni, hahaha.. sibuk (padahal kekeringan idea+malas), hehehe... ini pun aku gagahkah jua mencari masa untuk menaip.. jadi, apa cerita untuk kali ini, esok, dikatakan hari bebas kereta sedunia, bukan seMalaysia, tapi SEDUNIA.. besar sungguh event nih, tapi boleh ke?
Bagi aku, event macam nih takkan menjadi sangat, sepertimana event yang pernah dibuat dulu, satu kereta kongsi beramai-ramai.. sampai laa nih, aku still tengok, majoriti, seorang, satu kereta, paling kuat pun, 2 orang, sebab laki bini.. bukannya aku tak suka event nih, aku sokong, tapi untuk orang ramai tak menggunakan kereta dan memilih kenderaan awam, ibarat, jauh panggang dari api, mungkin lagi jauh... hahaha..
Alasan yang tipikal yang diguna pakai ialah:
1. Bas lambat... betul, separuh dari umur aku, aku adalah seorang pengguna bas yang setia.. dan memang, bas lambat, kekadang tak ikut time dia akan sampai.. boleh membuatkan kita lambat nak pergi ke tempat yang dituju.. lebih-lebih nak pergi kerja.. memang sangat menyusahkan..
2. LRT/Bas cepat penuh.. pun ye juga, kekadang naik fed-up juga sebab kena berdiri di dalam bas, berasak-asak.. dan nak pula kalau ada aroma "KARI" atau "BAWANG" atau "TENGIK" dan sewaktu dengannya, dekat sebelah kita, yang mana bau tuh menusuk ke otak.. sangat-sangat tak best..
3. Kena bertukar kenderaan.. maksudnya disini, contoh, anda dari Gombak, nak pergi BB, tapi takde bas yang pergi ke sana, so alternatif yang ada ialah, naik bas sampai Chow Kit, dan dari Chow Kit naik Monarail ke BB.. barulah sampai..
so itulah, kekadang alasan yang selalu orang guna pakai ulntuk elakkan dari menggunakan kenderaan awam, mereka lagi senang bersesak-sesak dalam jam di dalam kereta yang lagi selesa tempatnya.. dan event HARI BEBAS KERETA SEDUNIA, mungkin harapan yang tinggal harapan...
p/s: kali nih topik seriusssss! :p
Tuesday, August 9, 2011
Kerja Auditor, Semuanya Mesti Perfect
Assalamualaikum~
Selamat berpuasa kepada anda semua! :D amcam? best puasa? jangan ponteng-ponteng meh! tak baikk~ :p Allah nampak apa yang anda lakukan... hehehe....
masuk bulan 8 nih, dah genap ku 3 bulan aku bekerja dekat audit firm dekat Setapak, KL nih.. banyak yg aku beljar, macam mana audit tuh semua, kena buat vouching supaya ape yang akauntan rekod same ke idok, kena pergi ke company secretary, nk buat statutory audit, nak cek buku Register semua.. manyakk kilije ohhh..
tapi, dalam banyak-banyak tuh, yang aku tahu, kerja auditor, kena, mesti, wajib, PERFECT, khusunya masa nak prepare report nak hantar dekat klien, font kena cek, spacing kena cek, hatta koma pun kena cek.. hahaha.. memang kena perfect, kalau tak, kena bambu... hehehe.. aku kekadang terasa gak, aku nih seorang yang careless, sangat careless kot? sedangkan pernah sekali, mengira 199 + 1 = 120 apatah lagi nak menge-cek benda yang kecil-kecilan seperti koma tuh?hahaha...
tapi aku tak nafikan, kerja nih memang mencabar dan banyak memerlukan kesabaran yang banyak, nak-nak bila mengaudit akaun orang yang tak serupa akaun.. sangat pening tengok bagaimana akauntan tuh buat.. tuhlah dia, auditor kena faham dgn cepat macam mana klien punya sistem.. tak cepat, bambu lagi laa jawapan dia.. hahaha..
ok korang! selamat berpuasa! lagi brape mggu jer nk raye.. raye, raye gak, tapi puasa jangan lah sekadar menahan lapo dan dahaga.. :)
p/s: nak beli sumthing bulan 9 nih... tunggguuu~ :D
Saturday, July 9, 2011
Misi Mengambil Lesen
Assalamualaikum! haha! bertemu kita di blog yang tak seberapa nih.. dah lama aku tak update blog ni.. semuanya sebab busy praktikal.. hehehe.. (alasan!) so ape ceritanye? haa.. kali nih cerita dia pasal aku tengah nak mendapatkan lesen.. yerr! lesen.. bukan lesen meniaga.. tapi lesen kenderaan.. hahaha! lambat kan? dah tua baru terhegeh-hegeh nak ambil.. hahaha..
bukan sengaja ku melambatkan tapi ada sebab.. hehehe.. sebab dia, di rumah aku nih, hanya ada satu motor jer.. kepunyaan ayahanda ku.. dengan motor itulah dia gunakan untuk pergi dan balik dari kerja.. dari dulu lagi dah macam tuh.. so aku nih jenis dah terbiasa dengan kenderaan awam seperti bas & LRT.. memang dah master lah dengan dua benda nih.. haa.. tuhlah sebab yang demotivate aku untuk mengambil lesen.. sebab tiada kenderaan lebih yang ada di rumah aku.. kalau ayahanda ku ada kereta + motor.. memang dah wajib untuk aku ambil.. hehehe..
so.. ape yang membuatkan aku teringin plak nak ambil lesen nih? pertamanya sebab.. aku dah tersedar yang kerjaya aku sebagai bakal akauntan / auditor memerlukan lesen untuk travel.. senang.. nak pergi ke company client ape semua.. kedua sebab kekadang travel dengan member atau family.. jalan jauh, penat.. kalau aku ada lesen, leh lah bertukar-tukar... hehehe..
so aku pun memulakan pengembaraan mengambil lesen.. minggu lepas ambil kursus KPP.. hari ni, aku baru jer lepas ambil ujian komputer.. dan resultnya.. Alhamdulillah! LULUS dengan markah 47/50.. hahaha.. jangan jeles!.. ( dahlah study satu malam... T____T )
so doa2kan lah aku untuk lulus bahagian yang berikutnya plak eh.. hehehe.. bak kata kawan aku, aku nih tah hape kena, dh lambat baru nak ambil.. dari zaman mula Dip sampai la habis Dip.. dari zaman ada awek sampai lah takde awek.. dari zaman mula Deg sampai nak abih Deg.. baru nak amik.. hahaha.. berapa punya lama tuh... :p
p/s: aja aja fighting!! (ape nih? aku main sebut jer... )
Saturday, June 25, 2011
Aku Diuji Di Pagi Jumaat Yang Mulia
Tarikh 24/6 takkan aku lupakan sampai bila-bila.. yang mana, buat pertama kali rumah aku berjaya dimasuki dek pencuri a.k.a setan.. aku dikejutkan dengan suara emak aku menjerit "pencuri-pencuri-pencuri" dengan suara yang kalau seorang anak dengar, memang jatuh luluh jantung nya sebab gementar nya suara tuh..
kejadian nih berlaku pukul 6.20 pagi.. emak aku dah bangun masak kuih, aku still tido lagi sebab kunci jam pukul 6.35.. dengan tak sedar apa, si setan tuh berjaya mencuri dompet aku yang kad ATM, duit RM40 dan Sony PSP kepunyaan adik aku..
budak tuh berjaya masuk selama 1 minit sebab emak aku tersedar bunyi pintu terbuka.. emak aku ingatkan aku nak keluar rumah, tapi selepas ditegur, lembaga setan yang hanyalah sebesar budak kecik berumur 10 tahun, terus bangun dari membongkok dan lari macam setan selepas ambil barang-barang yang dia nak.. selamat dia tak sempat lama dalam rumah aku, kalau tak, dengan laptop pun dia sapu...
apa yang paling mengejutkan ialah, aku yang sedang tidur di ruang tamu pun, dia berani lagi masuk, sebab semua barang-barang nih ada di ruang tamu... tak sempat nak kejar atau buat apa-apa.. aku cuma dapat melaporkan pada polis pada blah tengaharinya, buat ic sementara selepas solat jumaat, kemudian pergi pula ke Bank Islam, delete rekod kad ATM yang lama.. sangat-sangat, menyusahkan..
mungkin bukan aku sahaja yang kena uji pada hari Jumaat nih.. time aku sampai dekat balai polis, ada yang lagi malang.. seorang warga indonesia kena rogol dengan pemandu teksi.. aku bersyukur aku tidak lah diuji dengan sebegitu berat macam orang itu.. syukur takda sesiapa yang cedera sebab pencuri nih hanyalah seekor setan yang kecik...
dan itulah... aku diuji di pagi Jumaat yang mulia...
p/s: benda sudah ditakdirkan... Allah Maha Adil.. kau tunggu jerla setan.... doa orang yang teraniaya, antara doa yang dimakbulkan Allah...
Thursday, June 23, 2011
Selamat Datang Kepada Pengurus Baru Chelsea, Andre Villa Boas
Andre Villa Boas selamat sudah menjadi pengurus baru di Chelsea selepas beberapa banyak khabar angin yang mengatakan Guus Hiddink yang akan mengambil alih Chelsea selepas pemecatan Carlo Ancellotti pada perlawanan akhir Chelsea season lepas..
Andre Villa Boas, yang berumur 33 tahun, sebaya dengan Frank Lampard dan juga Didier Drogba, berjaya dilantik selepas owner Chelsea Roman Abramovich, membayar sebanyak 13.5 million kepada FC Porto.. jumlah nih adalah yang termahal dalam sejarah EPL untuk seorang pengurus... die kan ada duit banyak.. pedehal? hehehehe... dia nih juga antara pengurus yang termuda untuk mengurus sesuatu pasukan di dalam liga EPL..
So, apa yang membuatkan dia nih pengurus yang berstatus hot stuff? pengurus muda nih dikatakan memimpin pasukan FC Porto dalam memenangi Liga Portugis di samping memenangi Piala Eropah.. style laa kan? baru satu season dengan Porto, dia dapat menang piala, sama macam kes Carlo Ancelloti.. ehehe...
Mungkin ada yang tak tahu, yang Andre Villa Boas nih pernah bekerja di Chelsea, tetapi sebagai backroom staff.. dia bekerja pada era Jose Mourinho memimpin Chelsea.. dia juga dianggap dek Jose Mourinho sebagai "mata dan telinga" untuk beliau.. Andre Villa Boas juga antara yang bertanggungjawab untuk memilih mana pemain yang main untuk pasukan Chelsea.. dia juga bertanggungjawab untuk mengintai a.k.a scout pasukan lawan dan mengumpul data pasukan lain... banyak gak kerja mamat nih..
well, in short, dia antara candidate yang aku minat selepas aku baca dia punya biography nih.. not bad, tapi mempunyai risiko sebab terlalu muda untuk memimpin sesuatu pasukan yang besar... jangan kena pecat lagi dahlah.. hihihi.. bagi aku, dia adalah seorang yang tahu tactical, yang mana pengalaman dia bekerja sebagai scout..
p/s : hoyeahh! tapi yang buat aku sedih.. aku tak dapat nak tengok Chelsea datang Malaysia... kelija... =(
Monday, June 13, 2011
Telur Berbentuk Buah Pear
Sedang blogger lain sibuk dengan mengupdate pasai Konsert Final Akademi Fantasia yang bagi aku tak berapa nak Fantasia pun, aku bawakkan dekat korang pasal cerita telur.. hehehe~ sorry laa nyah.. mak tak layan AF nih.. hahaha...
Haa! pernah jumpa telur yang berbentuk pear? ade ke? selalunya macam bentuk gambar di atas kan? itulah yang aku jumpa pagi tadi masa aku menolong Mak Lang aku di kedai makan nasi lemak dia pagi tadi.. sedang tengah berehat-rehat tunggu customer datang nak meng-order air mereka, aku ternampak satu telur nih.. nampak pelik..
Selalunya telur nih berbentuk bujur, tapi yang nih ajaib bin pelik sedikit.. yang mana telur nih ada berbentuk buah pear.. hahaha.. besar kat belah bawah dia, tapi kecik kat belah atas.. lebih kurang macam bentuk pear laa kan? so, apa lagi, tangan pun gatai nak snap satu dua.. jarang woo aku nampak telur bentuk camnih...
![]() |
| haa~ ke macam biasa? |
![]() |
| bandingkan dengan bentuk telur yang biasa... |
p/s: penat seharian bekerja.. ramai lak tuh orang.. fuhh!! ohh! Ganu menang! yeahhh!! :d
Friday, June 10, 2011
Away Kit Chelsea 2011/2012 Menawan Kalbu
Hari ini Chelsea FC mengumumkan Away Kit 2011/2012 mereka.. dan apa yang boleh aku komen pasal jersi baru ini ialah... sangat-sangat-sangat lah SUPERB.. hahaha.. well, anda tanya dekat fans Chelsea, so mestilah saya bagi 5 bintang.. hehehe.. cuma kali nih aku betul-betul terberkenan dengan jersi nih..
Bagi aku, pertama kali aku pandang jersi ini aku rasa macam sangat best.. simple but nice.. dengan corak petak-petak biru gradient dengan warna hitam jersi tu, cukup buatkan aku rasa sangat terpikat.. memang cinta pandang pertama dengan baju nih.. jom tengok baju nih.. cantik kan? kan? kan? kan?
![]() |
| captain Terry |
![]() |
| Fernando Torres |
Sebelum ini aku jatuh cinta dengan jersi home 2010/2011, sebab rekaan dia pun simple, aku suka tang kolar dia, ada warna merah dalam jersi punya baju.. menampakkan lagi dia punya aura seri.. hehehe.. tapi tuhlah, duit takde masa tuh, tak sempat nak beli, sedih betul.. =( tapi yang 2011 punya nih, wajib dibeli dan yang membuatkan aku lagi excited adalah sebab, aku nak beli yang ori punyaa! yeayy! =D tuh bestnya bila single-mingle kekadang, bajet untuk diri sendiri jer.. hehehe..
So, kiranya, aku kena kira balik bajet nih, dengan nak beli gitar nya, aku dah bajet dalam RM600, lesen lagi, RM1000, dengan jersi nih, RM300..tuh kalau aku tak letak no kegemaran, no 10.. hehehe.. RM1900 total semua nya? camtuh jer? hahaha.. tak kisah! kali nih jerrrr~ hehehe....
p/s : boleh laa buat jersi tuh baju raya.. hahaha! :p oh! hari nih, merasa pegang gitar akustik yang berharga RM1000... member punya.. tuh pun.. SUPERB jugak
Monday, June 6, 2011
Teringin Nak Jadi Macam Ainan Tasneem
Siapa yang tak kenal dengan cik Ainan Tasneem? beliau adalah salah seorang penyanyi yang meng-cover lagu orang.. suara pun sedap, first time tengok video dia adalah video dia nyanyi lagu Keluang Man, hahaha.. comel gilerr time dia nyanyi part "Keluang Man~ Keluang Man~ Keluang Mannnnnnnnnn~~".. cik Ainan Tasneem kita juga banyak lagi cover lagu-laguan yang lain..
tapi beberapa hari yang lalu, aku pula yang teringin nak jadi macam cik Ainan Tasneem kita nih.. oh no! bukan nak jadi perempuan, tapi nak jadi salah seorang penyanyi yang cover lagu artis lain.. yang typically, akan duduk di kerusi atau mana-mana port yang cantik or
tapi sedap ke suara? hahaha! memang tak lah.. dah berapa kali test dan memang tak sedap.. pitching ke laut Artik sana! hahaha.. tapi tuhlah.. teringin jugak nak buat.. nak nyanyi tapi sorok muka, haa~ sorok yang macam mane? yang macam nih~
hahaha! buat camtuh, kureng sket malu-maluan nya.. tengok laa nanti,.. ingat nak cover lagu "Dakmie - Yang Terindah" tapi lagu "Radiohead - Karma Police" pon best jugak.. hmm.. yang mane satu meh?....
p/s: sumbang-sumbing
Friday, June 3, 2011
Hari Pertama Praktikal
![]() |
| macam gua hari nih.... |
Hoyeahh! kepada mereka-mereka yang dah mula praktikal di firm masing-masing amnya.. dah pada pelajar-pelajar degree akaun UiTM khasnya.. kebanyakan nya akan mula pada hari ini, 1/6/11 dan akan tamat pada 30/11/11.. berlangsungnya praktikal yang best ( best ke? ) nih selama 6 bulan..
Pada mereka yang tinggal dekat Setapak, aku punya firm di Diamond Square Setapak, KL.. malas nak buat jauh-jauh, hehehe, tak kisah laa elaun rendah dari member-member lain.. ada yang buat kat KL sampai dapat RM1000... wow kan? tapi kerja nya, mestilah setimpal macam RM1000 jugak.. hehehe..
So, apa jer yang aku buat pada hari pertama? pada hari nih, biasalah, jumpa Big Boss kat firm, kena briefing pasal tempat kerja, pasal etika la.. siap kena warning jangan macam-macam.. aku plak naik cuak lak nak berkerja.. ehehe.. pastu, dikenalkan dengan semua staff, ditunjukkan aku mana meja tempat operasi aku.. blah pagi sampai ke tengahari, aku diminta untuk study sekejap pasal software UBS.. sebelum nih tak pernah guna, aku guna MYOB .. agak payah di situ.. =( tapi ape yang bestnya, UBS aku ada error, so aku tak mula lagi kerja aku hari nih.. cantek~!! hahaha..
blah petang plak, aku diminta untuk menolong senior dalam department akaun, cek bank statement dengan apa yang direkod dek senior aku.. 2 jam jugaklah menge-cek bersama beliau.. oh ya~ ramai jugak dekat firm aku tuh, sampai aku terlupa jer nama dorang.. hehehe.. awal lagi.. maafkan guaa~ :p
takpelah, esok adalah hari kedua, mungkin UBS aku free dari error.. haihh.. kena buat akaun lah esok nih.. start mengejar dateline sepertimana buat assignment bak boss aku cakap.. takpe boss! saya akan buat habeh baik.. mungkin juga aku akan berada 3 bulan di akaun department dan 3 bulan di audit department plak.. haihh.. pening nih... tapi tuhla, nature seorang budak akaun...
p/s: cepatlah abeh~ cepatla abeh~ hihihi :p
Saturday, May 28, 2011
Ulangtahun Pertama Blog GombakMali
Hari ini saya berasa sangat gumbira di hati.. sebabnya blog saya yang tak seberapa nih dh berusia setahun jagung.. yeay! hahaha.. macam-macam yang dilalui dalam berblog nih.. ada kena sound, ada yang meng-copy-paste-kan full article masuk kat website dia lah.. macam-macam.. hahaha...
Terasa sangat-sangat bersyukur sebab ada sahaja follower yang sudi follow blog nih.. hahaha.. dari 0 sampai lah ke 545.. wee! saya nak tepuk tangan dengan anda semua.. hehehe.. tak lupa juga kepada anda! the invisible man! silent reader kepada blog GombakMali.. (ada ke?) terima kasih kerana mengikut saya punya post di blog ini.. saya tahu anda ada dan wujud! takyah nak menyorok lagi di balik tiang lampu~ hehehe.. tengkiu tengkiu dan tengkiu lagi.. hehehe...
![]() |
| cat umah lame! |
![]() |
| cat umah baru! |
Dan sempena setahun jagung tertubuhnya blog ini, saya dah mengecat "rumah" ini dengan cat yang lain~ haa~ surpriisee~ bak kate EricDecoDeco.. hahaha.. tunggu lagi setahun mungkin saya akan cat dengan cat lain pula, untuk kali nih, cat warna ini dulu.. hehehe.. buat sendiri, jimat dan tak pening kepala nak mencari di Google~ =D
Ramai gak yang saya tengok blog yang lahir bulan Mei.. hehehe! ada yang kembar tak? lahir pada hari yang same dengan saya? :D
Sekali lagi terima kasih kepada anda readers, tanpa anda siapalah saya nih, siapalah blog yang tak seberapa ini nak survived di alam blogger yang besar ini.. hehehe.. tengkiu kepada anda sekali lagi... =D
p/s : tengkiu lagi sekali readers.. xoxoxo
Saturday, May 21, 2011
Susahnya Guna Nombor yang di Kitar Semula!
Korang pernah kena dengan kejadian seperti nih? dah penat-penat beli nombor, tak lama pastu, ada orang yang tak dikenali menelefon anda, tanya,
Assalamualaikum, nih polan bin polan kan? dia ada hutang dengan bank kami nih...
hayoyo.. takada ok? dan kami tak kenal pon dengan si polan ini.. ada juga yang menelefon, bertanya seperti ini,
Hello! nih nombor adik saya nih, dua hari lepas dompet dan telefon dia hilang! bagi la balik.. jangan jadi pencuri!
ya Rabbi... kami tak kenal pon dengan adik anda, macam mana anda boleh cakap kami mencuri pulak? nih laa dia.. suma nya disebabkan nombor yang dikitar semula.. nak beli nombor yang custom punya, mahal, beratus-ratus.. beli nombor yang murah Rm8, Rm10.. kena benda macam nih pulak..
nak marah-marah pun, tak guna gak, bukan salah kita kan? sekarang nih, nombor telefon mak aku akan berdering setiap hari dari pihak bank mengatakan mencari polan si polan nih.. so, tiap petang kami takkan angkat dari bank tuh.. hehehe.. katenye takyah telefon, dorang akan bagi alasan yang computer dial-kan untuk dorang.. so nak tak nak.. buat tak peduli jerla.. huhu..
p/s : bukan setakat kaca, kertas, botol dan tin jer dikitar semula.. nombor pon same.. =(
Thursday, May 19, 2011
AL-Fatihah Kepada Blogger TelorDiBasuh
Assalamualaikum bloggers...
hari ini, kita kehilangan seorang lagi blogger yang ada kat Malaysia nih.. iaitu blogger TelorDiBasuh.. pada yang dah lama berblogging mungkin kenal pada arwah.. arwah meninggal dikatakan kerana jangkitan di paru-paru beliau.. marilah kita berdoa untuk arwah.. semoga Allah s.w.t mencucuri rahmat ke atas beliau..
selain dari arwah TTT, sedih kembali kerana kehilangan seorang lagi rakan dalam blog.. walaupun tidak pernah bersua, tapi kehilangan arwah terasa.. teringat di kala beliau menziarah blog ini.. dan membuat entry yang kelakar...
Al-Fatihah....
Rama-Rama Dalam Perut
Wah! apakah maksud tajuk sebegini? ada orang makan rama-rama ke? ahaha.. Rama-rama dalam perut atau bahasa inggerisnya, Butterfly in the Stomach, merujuk kepada perasaan cuak, nervous, menggelabah atau sewaktu dengannya.. bila korang akan terasa perasaan ini?
Selalunya korang akan merasa rama-rama ini datang bila di saat korang rase takut atau nervous yang amat sangat macam nak bagi ucapan depan orang ramai, terasa terancam ataupun korang berjumpa dengan orang yang boleh buat korang nervous.. macam orang yang korang admired ker? hehehe...
tapi apa kena mengena tajuk ini dengan aku? haaa... ini disebabkan aku sekarang dah merasa perasaan ini... sebabnya,
pada korang yang merasa macam nih, benda nih normal jer.. cuma kekadang akan jadi teruk sebab tak terkawal.. hehe.. seriap kali korang nak bercakap or pandang orang yang korang suka tuh, korang akan stumbled sekejap yakni terkedu, kemudian perut akan merasa tak berapa nak sedap.. sebabkan nervous tadi... hahaha..
haii.. entah kenapa tetiba ada feeling camnih plak.. hahaha.. kepada wanita itu, ketahuilah, anda sorang jer yang boleh buat saya macam nih. tak seperti perempuan sebelum ini... =)
p/s : sorry~ terlalu hangover sebab mengantuk sangat.. ehehe..
Wednesday, May 18, 2011
Perangai Tipikal Orang Malaysia
Assalamualaikum and evening bloggers!
hari nih saya nak bercerita pasal perangai tipikal orang Malaysia.. ape itu perangai tipikal? peranga tipikal adalah perangai yang dimana orang Malaysia selalu buat.. kalau ada antara list perangai nih anda tak buat, mungkin anda bukanlah orang Malaysia.. kot? haha..
ok! jom kita tengok, ape dia perangai orang Malaysia nih? :D
hari nih saya nak bercerita pasal perangai tipikal orang Malaysia.. ape itu perangai tipikal? peranga tipikal adalah perangai yang dimana orang Malaysia selalu buat.. kalau ada antara list perangai nih anda tak buat, mungkin anda bukanlah orang Malaysia.. kot? haha..
ok! jom kita tengok, ape dia perangai orang Malaysia nih? :D
Wednesday, May 4, 2011
Mitos Warna Kertas Peperiksaan
Assalamualaikum bloggers!
apa khabar pada anda semua? harap-harap sehat sentiasa.. tiada yang demam-demam, yang batuk-batuk.. sebab ape? sebab hujung bulan 4.. adalah musim peperiksaan bagi mereka yang yang tengah ambil diploma mahupun degree.. hahaha~ so harap korang sehat laa yer.. so nak crita pe kali nih?
mesti ramai diantara korang yang pernah dengar bahawa... WARNA kertas peperiksaan bawak kepada maksud mereka tersendiri.. maksud macam mane??
Sunday, April 24, 2011
Akhirnya... Fernando Torres Buka Akaun Gol....
Assalamualaikum bloggers!
hari nih nak buat entri pendek jer.. hehehe.. dah lame tak menaip blog nih.. hari ini dalam sejarah untuk kelab Chelsea.. kenapa? pada minit 84' ketika melawan West Ham United hari ni, pemain mereka yang paling mahal iaitu FERNANDO TORRES.. akhirnya, membuat gol peribadinya yang pertama..
pakcik tengok tadi ketika saat dia tendang bola tuh masuk.. bukan main bersorak lagi kat umah nih.. hahaha.. tolonglaa.. dah 5 bulan baru score satu gol.. dahlah harga kalahkan KLCC.. 50 million pound.. well, mungkin ada antara korang kate.." hak laah! baru satu gol~ kecoh! "
memang~ tapi cuba jikalau anda di tempat coach ataupun owner kelab yang dah bersusah payah membeli, tapi tak score satu gol pon.. mesti sakit hatikan~ hahaha.. tapi better than nothing bak kate omputih... hehehe.. gol tadi pon berjaya buatkan coach Chelsea, Ancelotti tersenyum lebar sekejap.. kalau tak, dia lah orang paling takde perasaan time gol..
tapi dorang celebrate tadi macam dah menang liga.. betul-betul lepas itu geram tengok Torres tak score-score dari Januari dulu.. hahaha.. now he has scored, harap score lagi laa yer pasnih En.Torres.. you're gonna replaced Didier Drogba someday.. its time for you to find your on form again.. (cakap omputih sekali sekala.. ) hehehe..
ok lah yer! saje nak merepek malam-malam before nak tido nih.. esok dah kena menghadap buku dan habiskan 12 chapters yang sedia terhidang.. hahaha..
p/s : selamat maju jaya kepada Chelsea~ hoyeahh! :p
Wednesday, April 20, 2011
And Here Comes The Finale
Assalamualaikum bloggers~
apo kabo semua? hehe.. harap-harap sihat laa yer.. pertama sekali saya nak mintak maaf lah yer pada yang saya betul-betul tak sempat nk berblogwalking.. nanti apabila semua nih dah selesai, akan jadi blogger sepenuh masa balik.. hehehe..
so, apabila di hujung-hujung sem nih, almaklum lah, final exam pon dah nak dekat... paper saya akan bermula pada 27/4.. dan paper nih, boleh dikatakan antara yang paling tough.. sebab banyak membaca.. haiyoyo.. i used to like reading subject.. hahaha.. tapi kenapa akhir-akhir nih, tak datang mood nak membaca tuh.. takpe! semua nih boleh diselesaikan! :p dan berakhirya paper nih pada 10/5.. ada 5 paper yang perlu ditempuh.. T___T
so kepada anda semua yang menjalani final exam juga, Good Luck kepada anda semua.. dan marilah kita berdoa supaya bersama-sama dapat keputusan yang cemerlang.. tetapkan objektif anda.. buatlah untuk parents anda.. tu yang paling mujarab untuk motivate anda utk buat final.. =)
bye-bye for now.. jumpa nanti lepas exam.. saya akan serang semua blog anda~ weeee~ =D
Subscribe to:
Posts (Atom)




























