Friday, February 17, 2012
Kord Lagu Obsesiku - Aqasha ( Gemersik Kalbu )
Assalamualaikum semuaa!!
Yeah! selamat datang kepada yang sudi datang ke blog yang tak seberapa ni, terima kasih diucapkan.. tak kisah walaupun first time ataupun dah banyak time datang ke sini.. hehehe..
So, hari ini kita nak bercerita pasal apa? haa~ hari ini aku nak kongsi dengan korang yang tahu main gitar ( tak tahu pun boleyy ), iaitu kord lagu Obsesiku nyanyian Aqasha.. lagu ini sebenarnya sudah lama ada, tapi ramai yang dapat tahu balik bila lagu ini jadi lagu tema untuk drama Gemersik Kalbu dekat TV3 nuhh... lagu nih agak bluesy bagi aku, kebanyakkan kord dekat dalam lagu ini pun ada kord yang selalu digunakan dalam muzik blues..so, aku pun mula tengok video dia, dan cuba mendapatkan kord yang die main setiap kali dia buat show.. dan akhirnya..... aku dapat juga! hehehe~
Tak dapat nak disangkal, mula-mula aku menyampah jugak dengar lagu ini ( maaf bang Qasha! ), sebab, agak naughty jugak lah dia punya lirik.. hahaha.. tapi lepas lama-lama, aku minat dengan melodi dia, so dari situ, terfikir, best pulak lagu nih~ hahaha.. so, tanpa membuang masa lagi! moh kita main lagu ini dekat gitar-gitar anda sekalian....
Tuesday, February 14, 2012
Tamiya Penghibur Zaman Kanak-Kanak
Assalamualaikum semua! :)
Hari ini aku nak berkongsi dengan korang antara permainan masa aku menjadi kanak-kanak riang dahulu pada zaman 90-an.. bukan macam zaman kanak-kanak sekarang, semua nya lengkap dengan gadget yang canggih-canggih.. tak payah keluar rumah nak berseronok..
Tapi tak pada zaman aku dahulu, kalau nak beriang-ria, memang keluar rumah lah jawabnya, pergi rumah jiran, berjumpa, ketawa, bergaduh mulut, dan bergaduh tumbuk.. sekarang? bergaduh di internet, CAPS LOCK, tanda '!!!' dan bahasa yang kasar sahajalah yang menunnjukkan perasaan amarah seseorang itu.. hehehe..
Antara permainan yang aku ingat samapi sekarang ialah, Tamiya.. haa~ apa itu Tamiya? Tamiya nih brand permainan kereta sebenarnya.. tapi dek disebabkan biasa sangat menyebut Tamiya, so, sesiapa yang sebut je Tamiya, perkara yang pertama akan teringat di kepala adalah ini: