Thursday, July 28, 2011

 Mungkinkah Harimau Malaya Mengaum Lagi?



Walaupun tewas pada Singapura 5-3 tempoh hari, jangan sangka, harimau akan tunduk macam itu sahaja.. harimau malaya akan bangkit dan mencakar singa jantan yang pemalas, walaupun untuk berburu, untuk mengenyangkan diri singa itu sendiri... moga-moga dengan lineup seperti Khairul Fahmi, Safee Sali dan Kunalan, mampu untuk menewaskan Singapura pada malam ini..


Anda boleh pasukan harimau malaya, cari lagi 2 gol jer untuk membenamkan Singapura, sekaligus, layak ke peringkat seterusnya dan bolehla merasa untuk main di World Cup plak.. hehehe.. kami semua akan menyokong anda, jika kalah, biarlah kalah bermaruah, pamerkan kesungguhan yang anda ada~ hoyeahh! :D


Selamat berjaya, saya ucapkan~ =)

Monday, July 11, 2011

 Keajaiban Al Quran



Assalamualaikum.. hari ini saya nak berkongsi dengan anda semua mengenai keajaiban Al-Quran.. sepertimana kita  tahu, Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW pada 1400 tahun yang lalu.. masa yang cukup lama.. kan? dalam Al-Quran nih jugalah, diceritakan pelbagai amaran dan pelbagai keajaiban didalam alam ini..

Antara keajaiban di dalam Al-Quran ialah...


Saturday, July 9, 2011

 Misi Mengambil Lesen


Assalamualaikum! haha! bertemu kita  di blog yang tak seberapa nih.. dah lama aku tak update blog ni.. semuanya sebab busy praktikal.. hehehe.. (alasan!) so ape ceritanye? haa.. kali nih cerita dia pasal aku tengah nak mendapatkan lesen.. yerr! lesen.. bukan lesen meniaga.. tapi lesen kenderaan.. hahaha! lambat kan? dah tua baru terhegeh-hegeh nak ambil.. hahaha..


bukan sengaja ku melambatkan tapi ada sebab.. hehehe.. sebab dia, di rumah aku nih, hanya ada satu motor jer.. kepunyaan ayahanda ku.. dengan motor itulah dia gunakan untuk pergi dan balik dari kerja.. dari dulu lagi dah macam tuh.. so aku nih jenis dah terbiasa dengan kenderaan awam seperti bas & LRT.. memang dah master lah dengan dua benda nih.. haa.. tuhlah sebab yang demotivate aku untuk mengambil lesen.. sebab tiada kenderaan lebih yang ada di rumah aku.. kalau ayahanda ku ada kereta + motor.. memang dah wajib untuk aku ambil.. hehehe..


so.. ape yang membuatkan aku teringin plak nak ambil lesen nih? pertamanya sebab.. aku dah tersedar yang kerjaya aku sebagai bakal akauntan / auditor memerlukan lesen untuk travel.. senang.. nak pergi ke company client ape semua.. kedua sebab kekadang travel dengan member atau family.. jalan jauh, penat.. kalau aku ada lesen, leh lah bertukar-tukar... hehehe..


so aku pun memulakan pengembaraan mengambil lesen.. minggu lepas ambil kursus KPP.. hari ni, aku baru jer lepas ambil ujian komputer.. dan resultnya.. Alhamdulillah! LULUS dengan markah 47/50.. hahaha.. jangan jeles!.. ( dahlah study satu malam... T____T )


so doa2kan lah aku untuk lulus bahagian yang berikutnya plak eh.. hehehe.. bak kata kawan aku, aku nih tah hape kena, dh lambat baru nak ambil.. dari zaman mula Dip sampai la habis Dip.. dari zaman ada awek sampai lah takde awek.. dari zaman mula Deg sampai nak abih Deg.. baru nak amik.. hahaha.. berapa punya lama tuh... :p


p/s: aja aja fighting!! (ape nih? aku main sebut jer... )