Tuesday, May 31, 2011

 Tapai, Halal kah?



Tapai.. salah satu makanan tradisional yang sangat-sangat aku gemari.. kalau ada lah dijual di kedai, jarang aku takkan beli.. selalunya mesti beli.. tak kisah la, tapai pulut ka atau pun tapai ubi ka.. semua aku suka.. hehehe.. tapi, aku ada terperasan adalah sorang nih, twit kat twitter yang ngatekan, tapai tuh haram.. aisehmen.. potong betul..


baru-baru nih kecoh gak yang air barbican, yakni air jus buah dari Arab nun, katenye haram.. tak kisahlah, aku tak pernah minum.. hehehe.. tapi tapai?? aku kisah!


Saturday, May 28, 2011

 Ulangtahun Pertama Blog GombakMali




Hari ini saya berasa sangat gumbira di hati.. sebabnya blog saya yang tak seberapa nih dh berusia setahun jagung.. yeay! hahaha.. macam-macam yang dilalui dalam berblog nih.. ada kena sound, ada yang meng-copy-paste-kan full article masuk kat website dia lah.. macam-macam.. hahaha...






Terasa sangat-sangat bersyukur sebab ada sahaja follower yang sudi follow blog nih.. hahaha.. dari 0 sampai lah ke 545.. wee! saya nak tepuk tangan dengan anda semua.. hehehe.. tak lupa juga kepada anda! the invisible man! silent reader kepada blog GombakMali.. (ada ke?) terima kasih kerana mengikut saya punya post di blog ini.. saya tahu anda ada dan wujud! takyah nak menyorok lagi di balik tiang lampu~ hehehe.. tengkiu tengkiu dan tengkiu lagi.. hehehe...



cat umah lame!

cat umah baru!

Dan  sempena setahun jagung tertubuhnya blog ini, saya dah mengecat "rumah" ini dengan cat yang lain~ haa~ surpriisee~ bak kate EricDecoDeco.. hahaha.. tunggu lagi setahun mungkin saya akan cat dengan cat lain pula, untuk kali nih, cat warna ini dulu.. hehehe.. buat sendiri, jimat dan tak pening kepala nak mencari di Google~ =D


Ramai gak yang saya tengok blog yang lahir bulan Mei.. hehehe! ada yang kembar tak? lahir pada hari yang same dengan saya? :D


Sekali lagi terima kasih kepada anda readers, tanpa anda siapalah saya nih, siapalah blog yang tak seberapa ini nak survived di alam blogger yang besar ini.. hehehe.. tengkiu kepada anda sekali lagi... =D


p/s : tengkiu lagi sekali readers.. xoxoxo

Sunday, May 22, 2011

 Fakta Mengenai Kucing

Kucing, salah satu binatang yang sangat lemah lembut, suka di manja, suka dibelai sampai lah mereka buat bunyi "PPUuuuUUuRrrRR" mereka.. comel sangat.. ahaha.. tapi dalam banyak-banyak kucing, aku suka kucing yang manja dan tak "sombong".. kekadang kucing macam kucing Parsi, dorang nih jenis yang sombong sedikit.. pegang sket, trus nak jilat tempat yang kita pegang, kotor lah konon nya.. geram je wa tengok.. hahaha..



Saturday, May 21, 2011

 Susahnya Guna Nombor yang di Kitar Semula!



Korang pernah kena dengan kejadian seperti nih? dah penat-penat beli nombor, tak lama pastu, ada orang yang tak dikenali menelefon anda, tanya,

Assalamualaikum, nih polan bin polan kan? dia ada hutang dengan bank kami nih...


 hayoyo.. takada ok? dan kami tak kenal pon dengan si polan ini.. ada juga yang menelefon, bertanya seperti ini,

Hello! nih nombor adik saya nih, dua hari lepas dompet dan telefon dia hilang! bagi la balik.. jangan jadi pencuri!


ya Rabbi... kami tak kenal pon dengan adik anda, macam mana anda boleh cakap kami mencuri pulak? nih laa dia.. suma nya disebabkan nombor yang dikitar semula.. nak beli nombor yang custom punya, mahal, beratus-ratus.. beli nombor yang murah Rm8, Rm10.. kena benda macam nih pulak..


nak marah-marah pun, tak guna gak, bukan salah kita kan? sekarang nih, nombor telefon mak aku akan berdering setiap hari dari pihak bank mengatakan mencari polan si polan nih.. so, tiap petang kami takkan angkat dari bank tuh.. hehehe.. katenye takyah telefon, dorang akan bagi alasan yang computer dial-kan untuk dorang.. so nak tak nak.. buat tak peduli jerla.. huhu..


p/s : bukan setakat kaca, kertas, botol dan tin jer dikitar semula.. nombor pon same.. =(

 Senarai Akustika



Bermain gitar adalah satu hobi yang best.. hahaha.. dengan bermain gitar anda boleh melepaskan tension anda dengan menyanyi sambil bermain gitar, walaupun suara anda tidak lah begitu sedap macam aku nih.. hehehe.. kalau suara sedap, dah lama masuk Mentor ataupun AF.. bayangkan bermain gitar di rumah adalah sesi karaoke sendiri, tak payah nak bayar apa-apa..

Nama pun dah macam sesi karaoke, mestilah ada setlist lagu yang tersendiri.. haa.. dalam entry nih aku cuba berkongsi dengan korang setlist yang selalu aku main bersama-sama gitar kapok adik aku.. kalau gitar elektrik, lagu lain pula.. hehehe..


Friday, May 20, 2011

 Badan Berbau? Tiada Masalah!



Assalamualaikum!

Haa! ini ada  berita baik kepada mereka yang mempunyai badan  yang berbau.. sebabnya, aku ada petua yang dibukti berkesan untuk menghilangkan bau-bauan yang busuk itu dari badan anda.. anda tidak perlu menyental dengan sabut kelapa, mahupun sental dengan berus besi.. tidak perlu!


ok! jom kita tengok apa yang boleh tolong korang yang ada masalah bau-bauan ini!


Thursday, May 19, 2011

 AL-Fatihah Kepada Blogger TelorDiBasuh



Assalamualaikum bloggers...

hari ini, kita kehilangan seorang lagi blogger yang ada kat Malaysia nih.. iaitu blogger TelorDiBasuh.. pada yang dah lama berblogging mungkin kenal pada arwah.. arwah meninggal dikatakan kerana jangkitan di paru-paru beliau.. marilah kita berdoa untuk arwah.. semoga Allah s.w.t mencucuri rahmat ke atas beliau..

selain dari arwah TTT, sedih kembali kerana kehilangan seorang lagi rakan dalam blog.. walaupun tidak pernah bersua, tapi kehilangan arwah terasa.. teringat di kala beliau menziarah blog ini.. dan membuat entry yang kelakar...

Al-Fatihah....

 Rama-Rama Dalam Perut

Wah! apakah maksud tajuk sebegini? ada orang makan rama-rama ke? ahaha.. Rama-rama dalam perut atau bahasa inggerisnya, Butterfly in the Stomach, merujuk kepada perasaan cuak, nervous, menggelabah atau sewaktu dengannya.. bila korang akan terasa perasaan ini?

Selalunya korang akan merasa rama-rama ini datang bila di saat korang rase takut atau nervous yang amat sangat macam nak bagi ucapan depan orang ramai, terasa terancam ataupun korang berjumpa dengan orang yang boleh buat korang nervous.. macam orang yang korang admired ker? hehehe...



tapi apa kena mengena tajuk ini dengan aku? haaa... ini disebabkan aku sekarang dah merasa perasaan ini... sebabnya, aku sekarang ada minat dengan itu satu wanita.. yaa~ aku sekarang tengah suka itu wanita.. tapi itu wanita tak tahu lagi yang aku suka dekat dia.. hehehe..

pada korang yang merasa macam nih, benda nih normal jer.. cuma kekadang akan jadi teruk sebab tak terkawal.. hehe.. seriap kali korang nak bercakap or pandang orang yang korang suka tuh, korang akan stumbled sekejap yakni terkedu, kemudian perut akan merasa tak berapa nak sedap.. sebabkan nervous tadi... hahaha..

haii.. entah kenapa tetiba ada feeling camnih plak.. hahaha.. kepada wanita itu, ketahuilah, anda sorang jer yang boleh buat saya macam nih. tak seperti perempuan sebelum ini... =)

p/s : sorry~ terlalu hangover sebab mengantuk sangat.. ehehe..

 Tutorial : Letak Icon Sebelah Tajuk Post

Assalamualaikum and evening bloggers!

Dah lama tak buat tutorial pasal blog, kali nih ada sedikit tutorial yang saya nak kongsi dengan anda semua~ hehe! tutorial kali nih nak ajar korang macam mana nak letakkan icon di setiap tajuk post kat blog korang.. macam yang korang tengok kat blog saya nih, saya gunakan gambar mentol~


so apa yang perlu korang buat? =)


Wednesday, May 18, 2011

 Perangai Tipikal Orang Malaysia

Assalamualaikum and evening bloggers!

hari nih saya nak bercerita pasal perangai tipikal orang Malaysia.. ape itu perangai tipikal? peranga tipikal adalah perangai yang dimana orang Malaysia selalu buat.. kalau ada antara list perangai nih anda tak buat, mungkin anda bukanlah orang Malaysia.. kot? haha..

ok! jom kita tengok, ape dia perangai orang Malaysia nih? :D


Wednesday, May 4, 2011

 Mitos Warna Kertas Peperiksaan



Assalamualaikum bloggers!

apa khabar pada anda semua? harap-harap sehat sentiasa.. tiada yang demam-demam, yang batuk-batuk.. sebab ape? sebab hujung bulan 4.. adalah musim peperiksaan bagi mereka yang yang tengah ambil diploma mahupun degree.. hahaha~ so harap korang sehat laa yer.. so nak crita pe kali nih?

mesti ramai diantara korang yang pernah dengar bahawa... WARNA kertas peperiksaan bawak kepada maksud mereka tersendiri.. maksud macam mane??