Monday, June 14, 2010

Home » » Tutorial : Basic Bace Tab Gitar ~!

Tutorial : Basic Bace Tab Gitar ~!




Salam and Good Morning to all~
harinih ak nk bercerita cam mane gayanya nk baca tab gitar.. Tuto nih khas tuk bdak2 yg baru nk bljar bace tab.. kadang2x ak jmpa jgak bdak2 yg tau kord gitar, tapi ble tang tab, dier xtau camane nk bace.. InsyaAllah, ngan pengalaman ak main gitar selama 5 tahun lbih, ak akan tlg korg~ FYI, tab gitar sesusah nk bace note2 kat sheets "tauge" itam tuh.. hehehe.. nih sbb, "tauge" itam tuh dier sbnarnya menunjukkan kiraan sesuatu note tuh.. kne petik lambat ker, cepat ker..
takper2x.. kite lupekan pasal "tauge" tuh.. sbb ak sindri pon masih bljr sket2 camane nk bace "tauge" tersebot.. :)
skang kita fokus kat tab.. ape tuh tab gitar? tab nih mengandungi nombor2 fret yg ader kat gitar anda.. tab nih jugak, baik utk gtau camane nak main solo kat satu2 lagu tuh.. cth tab adalah
camnih :
e----------------------------------------------------------------------------|
b----------------------------------------------------------------------------|
g--------------------------------------------------------------------6b8---|
d-------------/-7-5-3-2h3p2---2----------------7-5-7-7b9r7-5-----|
a-5-7-8-7-5--4/-------------4---4-1h4p1-1p0------------------------|
E-------------------------------------------2/------------------------------|


ape kejadah nombor2 byk nih?haa, kite ikot step by step..
1. mula-mula, kita kena kenal dulu ape name tali kat gitar kita nih.. yg tebal skali tuh adalah E, bwah dier a, smpai la ke bawah skali, tali yg halus tu, iaitu, e.
2. nombor-nombor nih adalah mewakili fret-fret kat guitar anda.. ape tuh fret? fret adalah kotakyg ade kat gitar kita nih.. so klu tab nih tunjuk nombor 5 kat tali a, anda semua kena la tekan kat fret 5, tali yg second dr atas..
3. ape tuh "h", ape tuh "p"? h adalah untuk hammer n p adalah utk pull-off.. cth kat tab tu dier tulis 1h4, so kita tekan gune jari tlnjuk kat fret 1 dan ble kita petik tali tuh, kita hammer-kan jari manis kita kat fret 4..
4. utk pull-off plak, dier terbalik sket dr hammer, cthnyer, dier tulis, 4p1, so kita ltak jari manis kita kat fret 4 dulu then kita siap2 letak jari tlunjuk kita kat fret 1.. then, petik tali yg berkenaan dan at the same time, kita lpaskan jari manis kita.. nih dinamakan pull-off..
5. kat tab tuh jugak ader tulis 6b8.. kat cnih, kita kena bend/angkat sket tali kita ke atas.. cuma kat cnih, ble dier kate 6b8.. tali yg kita kne bend/angkat adalah kat fret 6.. klu kita nk tau, betol ke x bunyi bend tuh, bunyi dier mesti same cam kite petik biase kat fret 8..
6. ader jgak kekadang tab tulis 5s7.. ape tuh"s"?? "s" adalah tuk slide, dimana, caranya camnih.. kita petik kat fret 5 and at the same time, kita slide-kan jari kita terus ke fret 7..
7. ader jugak tab tulis 9~.. ape tuh "~"?? "~" adalah vibrato, dimana kita bend sket and unbend tali tuh berulang2 kali..
contoh tab kat atas nih adalah lagu"Darkshines" dari Muse.. hehehe.. sorryy, cant help it.. sbb ak mmg suke kat band Muse dr dulu lagi.. lagu nih pon jgak, sbb byk solo dier yg korg ley praktis, slow n senang.. :)
ader jugak tab yg tunjuk camnih..

e--0----
b--0----
g--1--5
d--2--x
a--2--3
E--0---

8. klu dier tunjuk camnih, meaning kita kena strum serentak sume tali tuh.. "X" means, tali tuh dimatikan bunyinya or x dimainkan langsung..
so kat mane nk cari tab? hehe.. utk lagu omputih, byk kat website cam 911tabs.. ader jugak software tuk mainkan tab nih, seperti Guitarpro..
P/S : ader byk lagi notation yg ak tak include kat dlm nih.. klu sape2 ader pertanyaan.. ruangan komen terbukak luas~ :)
P/S : cari bunyi gune telinga adalah lbih baik, sbb dier lbih accurate.. tab hanyalah medium utk membantu..

3 kali Burp!!:

aMoR said...

nice teach about playing guitar

Burp said...

amor : thanks~ saje nk kongsi ilmu yg ader :)

Unknown said...

thanks for the info . memang tengah belajar main guitar sekarang ni :D