Saturday, June 25, 2011

Home » » Aku Diuji Di Pagi Jumaat Yang Mulia

Aku Diuji Di Pagi Jumaat Yang Mulia




Tarikh 24/6 takkan aku lupakan sampai bila-bila.. yang mana, buat pertama kali rumah aku berjaya dimasuki dek pencuri a.k.a setan.. aku dikejutkan dengan suara emak aku menjerit "pencuri-pencuri-pencuri" dengan suara yang kalau seorang anak dengar, memang jatuh luluh jantung nya sebab gementar nya suara tuh..


kejadian nih berlaku pukul 6.20 pagi.. emak aku dah bangun masak kuih, aku still tido lagi sebab kunci jam pukul 6.35.. dengan tak sedar apa, si setan tuh berjaya mencuri dompet aku yang kad ATM, duit RM40 dan Sony PSP kepunyaan adik aku..


budak tuh berjaya masuk selama 1 minit sebab emak aku tersedar bunyi pintu terbuka.. emak aku ingatkan aku nak keluar rumah, tapi selepas ditegur, lembaga setan yang hanyalah sebesar budak kecik berumur 10 tahun, terus bangun dari membongkok dan lari macam setan selepas ambil barang-barang yang dia nak.. selamat dia tak sempat lama dalam rumah aku, kalau tak, dengan laptop pun dia sapu...


apa yang paling mengejutkan ialah, aku yang sedang tidur di ruang tamu pun, dia berani lagi masuk, sebab semua barang-barang nih ada di ruang tamu... tak sempat nak kejar atau buat apa-apa.. aku cuma dapat melaporkan pada polis pada blah tengaharinya, buat ic sementara selepas solat jumaat, kemudian pergi pula ke Bank Islam, delete rekod kad ATM yang lama.. sangat-sangat, menyusahkan..


mungkin bukan aku sahaja yang kena uji pada hari Jumaat nih.. time aku sampai dekat balai polis, ada yang lagi malang.. seorang warga indonesia kena rogol dengan pemandu teksi.. aku bersyukur aku tidak lah diuji dengan sebegitu berat macam orang itu.. syukur takda sesiapa yang cedera sebab pencuri nih hanyalah seekor setan yang kecik...


dan itulah... aku diuji di pagi Jumaat yang mulia...


p/s: benda sudah ditakdirkan... Allah Maha Adil.. kau tunggu jerla setan...doa orang yang teraniaya, antara doa yang dimakbulkan Allah...

6 kali Burp!!:

Syafiqah Takiyudin said...

sabarlah dgn dugaanNya.Allah uji hamba2 yg Dia syg. :)

najihah sahami said...

perghh..mmg btol2 dugaan tu. naseb baik mak xde pape kan. fuhh..

blog-tips-kurus said...

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya walaupun kita rasa sangat down.
* tahun ni ada pengalaman: tenant lari tengah malam & picked-pocket di psr mlm. tension sebab JPN, JPJ, bank2 denda saya untuk buat kad baru. mereka kejam kan!? :-)

Wanie said...

hari jumaat gak die nak buat keje jahat..huhu..
pintu tak kunci kah?berani masuk siang2, adoi..sabo ye..

AnakPakZohar said...

insyaAllah .. Allah tu maha adil.. pencuri tu akan dapat balasannya..

Admin said...

mujur barang jer yang hilang...tak ada apa2 kecederaan..sekarang ni pencuri sanggup buat apa saja...