Tuesday, February 14, 2012

Home » » Tamiya Penghibur Zaman Kanak-Kanak

Tamiya Penghibur Zaman Kanak-Kanak




Assalamualaikum semua! :)


Hari ini aku nak berkongsi dengan korang antara permainan masa aku menjadi kanak-kanak riang dahulu pada zaman 90-an.. bukan macam zaman kanak-kanak sekarang, semua nya lengkap dengan gadget yang canggih-canggih.. tak payah keluar rumah nak berseronok..


Tapi tak pada zaman aku dahulu, kalau nak beriang-ria, memang keluar rumah lah jawabnya, pergi rumah jiran, berjumpa, ketawa, bergaduh mulut, dan bergaduh tumbuk.. sekarang? bergaduh di internet, CAPS LOCK, tanda '!!!' dan bahasa yang kasar sahajalah yang menunnjukkan perasaan amarah seseorang itu.. hehehe..


Antara permainan yang aku ingat samapi sekarang ialah, Tamiya.. haa~ apa itu Tamiya? Tamiya nih brand permainan kereta sebenarnya.. tapi dek disebabkan biasa sangat menyebut Tamiya, so, sesiapa yang sebut je Tamiya, perkara yang pertama akan teringat di kepala adalah ini:



Inilah dia, sebuah kereta Tamiya yang berkuasakan bateri AA untuk berjalan.. dahulu, aku ingat lagi bila jiran aku buat trek Tamiya ini daripada kayu playwood, yang di gam atas meja pingpong dia yang tak dipakai, walaupun trek senang, cuma ada 2 lane dan berbentuk bulat, tapi itulah hiburan yang paling best yang pernah aku alami...


Sebiji kereta Tamiya ini berharga dalam RM5 hingga RM10 tak silap, kalau nak power sedikit, beli lagi yang mahal.. nama kereta Tamiya aku dulu ialah Max Breaker.. power gila~ =p kegilaan main benda nih apabila nak upgrade-kan kereta yang sedia ada menjadi selaju yang mungkin.. kalau boleh laju sampai nak tercampak dari trek.. hehehe.. dan benda pertama yang orang akan beli ialah enjin Tamiya yang berbentuk begini :



ini ialah hati jantung sesebuah kereta, takda benda nih, memang tak jalan.. hehehe.. enjin ini ada banyak jenis, dan selalunya, akan dibezakan melalui warna kepala enjin itu, dari yang paling lemah iaitu warna putih, oren, hijau, merah dan hitam.. dan harga enjin nih juga berbeza, seingat aku, aku pernah beli yang paling mahal dekat kedai berharga RM29.. kepala oren dan berbadan hitam.. memang laju tak ingat punya.. hahaha.. bangga sekejap time tuh..


dan upgrade yang kecil-kecilan ialah, tukar tayar kereta Tamiya itu menjadi tayar span yang selalunya datang dalam warna pelangi, rim kereta dan sayap kereta depan dan belakang.. memang time tuh best sangat dan sanggup berbelanja banyak demi satu kereta itu sahaja.. hehe...


selepas itu, dah puas, bateri dah habis, pergi pula main video game PS1, yang mana ada game saing-saing Tamiya yang bertajuk Eternal Wings - Lets Go.. game nih memang sangat-sangat addicted masa tu.. memang tak ingat apa... 


contoh game Eternal Wings

ok! itu sahaja yang aku nak kongsi dengan korang.. harap korang enjoy dengan entry kali nih.. =P


Assalamualaikum :)


0 kali Burp!!: