Monday, July 11, 2011

Home » » Keajaiban Al Quran

Keajaiban Al Quran



Assalamualaikum.. hari ini saya nak berkongsi dengan anda semua mengenai keajaiban Al-Quran.. sepertimana kita  tahu, Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW pada 1400 tahun yang lalu.. masa yang cukup lama.. kan? dalam Al-Quran nih jugalah, diceritakan pelbagai amaran dan pelbagai keajaiban didalam alam ini..

Antara keajaiban di dalam Al-Quran ialah...





1. Penciptaan manusia di dalam rahim


Diceritakan di dalam Al-Quran mengenai sejarah penciptaan manusia di dalam rahim ibunya.. logikkah? seorang lelaki yang berada di Mekah, di padang pasir, 1400 tahun yang lalu, boleh menceritakan tentang kejadian manusia di dalam rahim, tanpa sebarang alatan yang canggih.. sedangkan endoskop baru nak tercipta pada tahun 1806.. 250 tahun.. itu baru endoskop yang terawal, dikatakan endoskop yang sebenar diciptakan pada tahun 1960.. 51 tahun yang lepas.. mikroskop juga baru tercipta pada tahun 1625 oleh Galileo Galilei..


tidakkah itu satu keajaiban di dalam Al-Quran?  jadi, bagaimana manusia diciptakan? ini diceritakan oleh Allah SWT dalam surah yang ke 23, Al-Mukminun dalam ayat yang ke 14, yang bermaksud:

Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta. "


jadi, fikirkanlah, bagaimana Nabi Muhammad SAW memberitahu kepada kita tanpa menggunakan sebarang peralatan canggih dan terbukti benar di dalam dunia moden sekarang? tidak lain tidak bukan adalah kerana ayat ini diciptakan oleh Allah yang Maha Esa..


Sains hari ini, mengatakan, seorang bayi di dalam rahim akan melalui tiga keadaan iaitu tahap pre-embrio, embrio dan fetus.. di dalam Al-Quran telah diceritakan terlebih dahulu mengenai hal ini,  fiman Allah SWT di dalam surah 39, Az-Zumar, ayat yang ke 6, yang bermaksud:

"Dia menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), kemudian Dia menjadikan daripadanya, isterinya (Hawa) dan Dia mengadakan untuk kamu binatang-binatang ternak lapan ekor: (Empat) pasangan (jantan dan betina). Dia menciptakan kamu dalam kandungan ibu kamu (berperingkat-peringkat) dari satu kejadian ke satu kejadian. Dalam tiga suasana yang gelap-gelita. Yang demikian (kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan kamu; bagiNyalah kekuasaan yang mutlak; tiada Tuhan melainkan Dia; oleh itu bagaimana kamu dapat dipesongkan (dari mematuhi perintahNya)? "

Tepat sepertimana yang diperkatakan sepertimana saintis hari ini menerang kan kepada kita, tepat seperti mana buku sekolah tingkatan 3.. kan?






Adanya Orbit di Angkasa

Kita tahu yang setiap planet ada orbitnya, betul? marikh dengan orbit dia sendiri, zuhal, pluto dan macam-macam lagi, ada mempunyai orbit yang tersendiri.. siapa yang menemui orbit? nama beliau adalah Johannes Kepler.. salah seorang astronomer pada abad yang ke 17.. beliau yang mengadakan teori bahawa, planet mempunyai orbit.. teleskop pula dicipta pada tahun 1608 oleh Hans Lippershey dan kemudian Galileo Galilei pula mencipta teleskop yang 3 kali ganda besar dari teleskop yang pertama pada tahun 1609..


hebat betul mereka kan? tetapi lagi hebat, apabila Nabi Muhammad SAW, tanpa sebarang peralatan canggih seperti teleskop semua tu, memberitahu yang planet, bulan, matahari mempunyai orbitnya.. sepertimana fiman Allah SWT di dalam surah 21, Al-Anbiya, ayat yang ke 33 yang bermaksud:

Dan Dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas). "


Tempat edaran di dalam ayat ini menceritakan mengenai orbit-orbit tersebut.. tidakkah anda berasa hairan dan takjub sekejap, apabila memikirkan hal ini berlaku? semuanya, kerana Allah SWT..




Matahari mempunyai orbit? benarkah? matahari mengelilingi apa? matahari dikatakan juga mempunyai tempat edarannya, dan dikatakan mengelilingi galaksi Bima Sakti.. astronomers dari Nasa mengatakan, matahari mengambil masa 226 juta tahun untuk menghabiskan satu pusingannya.. tetapi, dalam Al-Quran, 1400 tahun lalu telah diceritakan, bahawa, matahari sebenarnya tidak duduk diam sepertimana ramai yang berfikir begitu.. sepertimana firman Allah SWT dalm surah 36, Yasin, ayat 38 yang bermaksud:

" Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui "


ajaib bukan?

banyak lagi keajaiban Al-Quran yang ingin banyak lagi dikongsikan, begitu banyak.. sesungguhnya, benarlah kitab Al-Quran.. benarlah jua agama Islam itu, benarlah jua Nabi Muhammad SAW dan benarlah jua Allah SWT itu.. yang Maha Esa yakni satu, tiada dua atau tiga, sepertimana Allah berfirman di dalam surah 114, Al-Ikhlas, ayat 1-4 yang bermaksud:

Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.  Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.  Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya. "


jika anda membenarkan apa yang saya tulis di atas tentang keajaiban Al-Quran, jadi benar jugalah kesemua amaran-amaran dan azab seksa yang dijanjikan untuk orang-orang yang kufur dan ingkar terhadapNya.. peringatan untuk anda dan saya juga.. 


untuk mereka yang ingin tahu berapa banyak lagi keajaiban yang ada bolehla pergi ke website Harun Yahya disitu ada banyak lagi yang diterangkan.. untuk mereka yang ingin membuat comparative religion, gunalah youtube, dan cari lah "Ahmad Deedat".. beliau adalah tokoh Islam, yang banyak menyumbang di dalam membuat comparative religion..

sekian~ :)

p/s: I Love Islam, forever... :)

3 kali Burp!!:

Unknown said...

subhanalllah :D

#wheneverimbored http://eleventx.blogspot.com/2011/07/grapevine-saya-budak-hingusan.html

Admin said...

kalau saintis2 kafir kat luar swana tu baca n faham akan isi kandungan Al-Quran. Sah diorang akan mengakui islam dan tidak mustahil diorang akan mengikut islam...

Mohamadazhan.com said...

mukjizat Allah kepada hambanya, menjadi panduan kepada kehidupan bermula celik mata hingga tertutup kekal abadi.


Jemputan ke COntest Aku Berpuisi =)