Wednesday, September 21, 2011

 Hari Bebas Kereta Sedunia, Relevankah?



Assalamualaikum~

Sudah lama rasanya aku tak menconteng dekat blog buruk aku ni, hahaha.. sibuk (padahal kekeringan idea+malas), hehehe... ini pun aku gagahkah jua mencari masa untuk menaip.. jadi, apa cerita untuk kali ini, esok, dikatakan hari bebas kereta sedunia, bukan seMalaysia, tapi SEDUNIA.. besar sungguh event nih, tapi boleh ke?


Bagi aku, event macam nih takkan menjadi sangat, sepertimana event yang pernah dibuat dulu, satu kereta kongsi beramai-ramai.. sampai laa nih, aku still tengok, majoriti, seorang, satu kereta, paling kuat pun, 2 orang, sebab laki bini.. bukannya aku tak suka event nih, aku sokong, tapi untuk orang ramai tak menggunakan kereta dan memilih kenderaan awam, ibarat, jauh panggang dari api, mungkin lagi jauh... hahaha..


Alasan yang tipikal yang diguna pakai ialah:

1.  Bas lambat... betul, separuh dari umur aku, aku adalah seorang pengguna bas yang setia.. dan memang, bas lambat, kekadang tak ikut time dia akan sampai.. boleh membuatkan kita lambat nak pergi ke tempat yang dituju.. lebih-lebih nak pergi kerja.. memang sangat menyusahkan..

2.  LRT/Bas cepat penuh.. pun ye juga, kekadang naik fed-up juga sebab kena berdiri di dalam bas, berasak-asak.. dan nak pula kalau ada aroma "KARI" atau "BAWANG" atau "TENGIK" dan sewaktu dengannya, dekat sebelah kita, yang mana bau tuh menusuk ke otak.. sangat-sangat tak best..

3.  Kena bertukar kenderaan.. maksudnya disini, contoh, anda dari Gombak, nak pergi BB, tapi takde bas yang pergi ke sana, so alternatif yang ada  ialah, naik bas sampai Chow Kit, dan dari Chow Kit naik Monarail ke BB.. barulah sampai..


so itulah, kekadang alasan yang selalu orang guna pakai ulntuk elakkan dari menggunakan kenderaan awam, mereka lagi senang bersesak-sesak dalam jam di dalam kereta yang lagi selesa tempatnya.. dan event HARI BEBAS KERETA SEDUNIA, mungkin harapan yang tinggal harapan...


p/s: kali nih topik seriusssss! :p

Tuesday, August 9, 2011

 Kerja Auditor, Semuanya Mesti Perfect




Assalamualaikum~

Selamat berpuasa kepada anda semua! :D amcam? best puasa? jangan ponteng-ponteng meh! tak baikk~ :p Allah nampak apa yang anda lakukan... hehehe....


masuk bulan 8 nih, dah genap ku 3 bulan aku bekerja dekat audit firm dekat Setapak, KL nih.. banyak yg aku beljar, macam mana audit tuh semua, kena buat vouching supaya ape yang akauntan rekod same ke idok, kena pergi ke company secretary, nk buat statutory audit, nak cek buku Register semua.. manyakk kilije ohhh..


tapi, dalam banyak-banyak tuh, yang aku tahu, kerja auditor, kena, mesti, wajib, PERFECT, khusunya masa nak prepare report nak hantar dekat klien, font kena cek, spacing kena cek, hatta koma pun kena cek.. hahaha.. memang kena perfect, kalau tak, kena bambu... hehehe.. aku kekadang terasa gak, aku nih seorang yang careless, sangat careless kot? sedangkan pernah sekali, mengira 199 + 1 = 120 apatah lagi nak menge-cek benda yang kecil-kecilan seperti koma tuh?hahaha...


tapi aku tak nafikan, kerja nih memang mencabar dan banyak memerlukan kesabaran yang banyak, nak-nak bila mengaudit akaun orang yang tak serupa akaun.. sangat pening tengok bagaimana akauntan tuh buat.. tuhlah dia, auditor kena faham dgn cepat macam mana klien punya sistem.. tak cepat, bambu lagi laa jawapan dia.. hahaha..


ok korang! selamat berpuasa! lagi brape mggu jer nk raye.. raye, raye gak, tapi puasa jangan lah sekadar menahan lapo dan dahaga.. :)


p/s: nak beli sumthing bulan 9 nih... tunggguuu~ :D



Thursday, July 28, 2011

 Mungkinkah Harimau Malaya Mengaum Lagi?



Walaupun tewas pada Singapura 5-3 tempoh hari, jangan sangka, harimau akan tunduk macam itu sahaja.. harimau malaya akan bangkit dan mencakar singa jantan yang pemalas, walaupun untuk berburu, untuk mengenyangkan diri singa itu sendiri... moga-moga dengan lineup seperti Khairul Fahmi, Safee Sali dan Kunalan, mampu untuk menewaskan Singapura pada malam ini..


Anda boleh pasukan harimau malaya, cari lagi 2 gol jer untuk membenamkan Singapura, sekaligus, layak ke peringkat seterusnya dan bolehla merasa untuk main di World Cup plak.. hehehe.. kami semua akan menyokong anda, jika kalah, biarlah kalah bermaruah, pamerkan kesungguhan yang anda ada~ hoyeahh! :D


Selamat berjaya, saya ucapkan~ =)

Monday, July 11, 2011

 Keajaiban Al Quran



Assalamualaikum.. hari ini saya nak berkongsi dengan anda semua mengenai keajaiban Al-Quran.. sepertimana kita  tahu, Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW pada 1400 tahun yang lalu.. masa yang cukup lama.. kan? dalam Al-Quran nih jugalah, diceritakan pelbagai amaran dan pelbagai keajaiban didalam alam ini..

Antara keajaiban di dalam Al-Quran ialah...


Saturday, July 9, 2011

 Misi Mengambil Lesen


Assalamualaikum! haha! bertemu kita  di blog yang tak seberapa nih.. dah lama aku tak update blog ni.. semuanya sebab busy praktikal.. hehehe.. (alasan!) so ape ceritanye? haa.. kali nih cerita dia pasal aku tengah nak mendapatkan lesen.. yerr! lesen.. bukan lesen meniaga.. tapi lesen kenderaan.. hahaha! lambat kan? dah tua baru terhegeh-hegeh nak ambil.. hahaha..


bukan sengaja ku melambatkan tapi ada sebab.. hehehe.. sebab dia, di rumah aku nih, hanya ada satu motor jer.. kepunyaan ayahanda ku.. dengan motor itulah dia gunakan untuk pergi dan balik dari kerja.. dari dulu lagi dah macam tuh.. so aku nih jenis dah terbiasa dengan kenderaan awam seperti bas & LRT.. memang dah master lah dengan dua benda nih.. haa.. tuhlah sebab yang demotivate aku untuk mengambil lesen.. sebab tiada kenderaan lebih yang ada di rumah aku.. kalau ayahanda ku ada kereta + motor.. memang dah wajib untuk aku ambil.. hehehe..


so.. ape yang membuatkan aku teringin plak nak ambil lesen nih? pertamanya sebab.. aku dah tersedar yang kerjaya aku sebagai bakal akauntan / auditor memerlukan lesen untuk travel.. senang.. nak pergi ke company client ape semua.. kedua sebab kekadang travel dengan member atau family.. jalan jauh, penat.. kalau aku ada lesen, leh lah bertukar-tukar... hehehe..


so aku pun memulakan pengembaraan mengambil lesen.. minggu lepas ambil kursus KPP.. hari ni, aku baru jer lepas ambil ujian komputer.. dan resultnya.. Alhamdulillah! LULUS dengan markah 47/50.. hahaha.. jangan jeles!.. ( dahlah study satu malam... T____T )


so doa2kan lah aku untuk lulus bahagian yang berikutnya plak eh.. hehehe.. bak kata kawan aku, aku nih tah hape kena, dh lambat baru nak ambil.. dari zaman mula Dip sampai la habis Dip.. dari zaman ada awek sampai lah takde awek.. dari zaman mula Deg sampai nak abih Deg.. baru nak amik.. hahaha.. berapa punya lama tuh... :p


p/s: aja aja fighting!! (ape nih? aku main sebut jer... )

Saturday, June 25, 2011

 Aku Diuji Di Pagi Jumaat Yang Mulia




Tarikh 24/6 takkan aku lupakan sampai bila-bila.. yang mana, buat pertama kali rumah aku berjaya dimasuki dek pencuri a.k.a setan.. aku dikejutkan dengan suara emak aku menjerit "pencuri-pencuri-pencuri" dengan suara yang kalau seorang anak dengar, memang jatuh luluh jantung nya sebab gementar nya suara tuh..


kejadian nih berlaku pukul 6.20 pagi.. emak aku dah bangun masak kuih, aku still tido lagi sebab kunci jam pukul 6.35.. dengan tak sedar apa, si setan tuh berjaya mencuri dompet aku yang kad ATM, duit RM40 dan Sony PSP kepunyaan adik aku..


budak tuh berjaya masuk selama 1 minit sebab emak aku tersedar bunyi pintu terbuka.. emak aku ingatkan aku nak keluar rumah, tapi selepas ditegur, lembaga setan yang hanyalah sebesar budak kecik berumur 10 tahun, terus bangun dari membongkok dan lari macam setan selepas ambil barang-barang yang dia nak.. selamat dia tak sempat lama dalam rumah aku, kalau tak, dengan laptop pun dia sapu...


apa yang paling mengejutkan ialah, aku yang sedang tidur di ruang tamu pun, dia berani lagi masuk, sebab semua barang-barang nih ada di ruang tamu... tak sempat nak kejar atau buat apa-apa.. aku cuma dapat melaporkan pada polis pada blah tengaharinya, buat ic sementara selepas solat jumaat, kemudian pergi pula ke Bank Islam, delete rekod kad ATM yang lama.. sangat-sangat, menyusahkan..


mungkin bukan aku sahaja yang kena uji pada hari Jumaat nih.. time aku sampai dekat balai polis, ada yang lagi malang.. seorang warga indonesia kena rogol dengan pemandu teksi.. aku bersyukur aku tidak lah diuji dengan sebegitu berat macam orang itu.. syukur takda sesiapa yang cedera sebab pencuri nih hanyalah seekor setan yang kecik...


dan itulah... aku diuji di pagi Jumaat yang mulia...


p/s: benda sudah ditakdirkan... Allah Maha Adil.. kau tunggu jerla setan...doa orang yang teraniaya, antara doa yang dimakbulkan Allah...

Thursday, June 23, 2011

 Selamat Datang Kepada Pengurus Baru Chelsea, Andre Villa Boas





Andre Villa Boas selamat sudah menjadi pengurus baru di Chelsea selepas beberapa banyak khabar angin yang mengatakan Guus Hiddink yang akan mengambil alih Chelsea selepas pemecatan Carlo Ancellotti pada perlawanan akhir Chelsea season lepas..


Andre Villa Boas, yang berumur 33 tahun, sebaya dengan  Frank Lampard dan juga Didier Drogba, berjaya dilantik selepas owner Chelsea Roman Abramovich, membayar sebanyak 13.5 million kepada FC Porto.. jumlah nih adalah yang termahal dalam sejarah EPL untuk seorang pengurus... die kan ada duit banyak.. pedehal? hehehehe... dia nih juga antara pengurus yang termuda untuk mengurus sesuatu pasukan di dalam liga EPL..


So, apa yang membuatkan dia nih pengurus yang berstatus hot stuff? pengurus muda nih dikatakan memimpin pasukan FC Porto dalam memenangi Liga Portugis di samping memenangi Piala Eropah.. style laa kan? baru satu season dengan Porto, dia dapat menang piala, sama macam kes Carlo Ancelloti.. ehehe...


Mungkin ada yang tak tahu, yang Andre Villa Boas nih pernah bekerja di Chelsea, tetapi sebagai backroom staff.. dia bekerja pada era Jose Mourinho memimpin Chelsea.. dia juga dianggap dek Jose Mourinho sebagai "mata dan telinga" untuk beliau.. Andre Villa Boas juga antara yang bertanggungjawab untuk memilih mana pemain yang main untuk pasukan Chelsea.. dia juga bertanggungjawab untuk mengintai a.k.a scout pasukan lawan dan mengumpul data pasukan lain... banyak gak kerja mamat nih..


well, in short, dia antara candidate yang aku minat selepas aku baca dia punya biography nih.. not bad, tapi mempunyai risiko sebab terlalu muda untuk memimpin sesuatu pasukan yang besar... jangan kena pecat lagi dahlah.. hihihi.. bagi aku, dia adalah seorang yang tahu tactical, yang mana pengalaman dia bekerja sebagai scout..


p/s : hoyeahh! tapi yang buat aku sedih.. aku tak dapat nak tengok Chelsea datang Malaysia... kelija... =(

Tuesday, June 21, 2011

 Tutorial: Cara Unblock Website Yang DiBlock



Ramai yang tertanya-tanya dekat Facebook, betul ke laman web Piratebay.org contoh nya kena block? aku pun naik heran, dah ada yang kena block ke, sebab aku try masuk ok jer.. haa! ada caranya nak tembus website yang kena block tuh.. macam mana cara nya? senang jer..


korang kena setting sedikit dekat korang punya adapter setting di komputer korang.. mana-mana yang tak tahu lagi, bolehlah mencuba ek.. yang dah tahu tuh! terboyek! :p


Monday, June 20, 2011

 Gempar! Kucing Makan Cendol

hari nih, aku terjumpa kucing ajaib,sedang kucing lain sedap menikmati Friskies dam lain-lain makanan kucing.. tapi aku terjumpa kucing, yang mana, dia pun makan cendol gak macam manusia biasa.. duduk kat gerai cendol, pastu makan cendol...


lama jugak aku perhatikan kucing nih, owner dia yang memang jual cendol, bagi kat kucing nih makan cendol guna bekas khas untuk kucing sekor nih.. sedang dia makan cendol tuh, sempat jugak aku tangkap gambo kucing comel nih..


haaaa~~


Monday, June 13, 2011

 Telur Berbentuk Buah Pear




Sedang blogger lain sibuk dengan mengupdate pasai Konsert Final Akademi Fantasia yang bagi aku tak berapa nak Fantasia pun, aku bawakkan dekat korang pasal cerita telur.. hehehe~ sorry laa nyah.. mak tak layan AF nih.. hahaha...



Haa! pernah jumpa telur yang berbentuk pear? ade ke? selalunya macam bentuk gambar di atas kan? itulah yang aku jumpa pagi tadi masa aku menolong Mak Lang aku di kedai makan nasi lemak dia pagi tadi.. sedang tengah berehat-rehat tunggu customer datang nak meng-order air mereka, aku ternampak satu telur nih.. nampak pelik..


Selalunya telur nih berbentuk bujur, tapi yang nih ajaib bin pelik sedikit.. yang mana telur nih ada berbentuk buah pear.. hahaha.. besar kat belah bawah dia, tapi kecik kat belah atas.. lebih kurang macam bentuk pear laa kan? so, apa lagi, tangan pun gatai nak snap satu dua.. jarang woo aku nampak telur bentuk camnih...



haa~ ke macam biasa?

bandingkan dengan bentuk telur yang biasa...


agaknya ayam tuh, teran kuat sangat kot time nak keluarkan telur nih.. hehehe... :p apa-apa pun. kuasa Tuhan, siapa pun takleh nak halang... :D


p/s: penat seharian bekerja.. ramai lak tuh orang.. fuhh!! ohh! Ganu menang! yeahhh!! :d

Friday, June 10, 2011

 Away Kit Chelsea 2011/2012 Menawan Kalbu




Hari ini Chelsea FC mengumumkan Away Kit 2011/2012 mereka.. dan apa yang boleh aku komen pasal jersi baru ini ialah... sangat-sangat-sangat lah SUPERB.. hahaha.. well, anda tanya dekat fans Chelsea, so mestilah saya bagi 5 bintang.. hehehe.. cuma kali nih aku betul-betul terberkenan dengan jersi nih..


Bagi aku, pertama kali aku pandang jersi ini aku rasa macam sangat best.. simple but nice.. dengan corak petak-petak biru gradient dengan warna hitam jersi tu, cukup  buatkan aku rasa sangat terpikat.. memang cinta pandang pertama dengan baju nih.. jom tengok baju nih.. cantik kan? kan? kan? kan?

captain Terry 

Fernando Torres


Sebelum ini aku jatuh cinta dengan jersi home 2010/2011,  sebab rekaan dia pun simple, aku suka tang kolar dia, ada warna merah dalam jersi punya baju.. menampakkan lagi dia punya aura seri.. hehehe.. tapi tuhlah, duit takde masa tuh, tak sempat nak beli, sedih betul.. =( tapi yang 2011 punya nih, wajib dibeli dan yang membuatkan aku lagi excited adalah sebab, aku nak beli yang ori punyaa! yeayy! =D tuh bestnya bila single-mingle kekadang, bajet untuk diri sendiri jer.. hehehe..



So, kiranya, aku kena kira balik bajet nih, dengan nak beli gitar nya, aku dah bajet dalam RM600, lesen lagi, RM1000, dengan jersi nih, RM300..tuh kalau aku tak letak no kegemaran, no 10.. hehehe.. RM1900 total semua nya? camtuh jer? hahaha.. tak kisah! kali nih jerrrr~ hehehe....


p/s : boleh laa buat jersi tuh baju raya.. hahaha! :p oh! hari nih, merasa pegang gitar akustik yang berharga RM1000... member punya.. tuh pun.. SUPERB jugak

Wednesday, June 8, 2011

 Jam Digital Yang Menghilangkan Duit Akaun Bank Anda

Haa! sape yang tak pernah guna alarm jam untuk bangun pagi? rasanya, semua orang guna alarm jam untuk menolong mencelikkan mata yang terkatup tuh.. hehehe.. tapi apa yang selalu anda buat bila alarm berbunyi?.. sesungguhnya, tangan tuh dah hafal dah kat mane butang snooze kan? snooze punya snooze, pastu lambat nak pergi kerja..


tapi sekarang, jangan risau, kerana ada jam yang akan membangunkan anda tak kira betapa mengantuknnya anda.. sebab apa? sebab setiap kali anda tekan butang snooze, jam nih akan ambil duit dari akaun bank anda, dan kemudian menyedekahkan duit itu dekat badan-badan kebajikan.. haaa! best kan?





apa jenis jam nih? jam nih diberi nama SnūzNLūz.. jam nih akan connect dengan internet atau wifi untuk berfungsi.. dan ketahuilah, setiap kali anda tekan butang snooze, jam nih akan ambil duit anda~ korang mesti bangun punya, mengingatkan yang duit korang kena ambil dan didermakan.. bayangkan.. setiap kali tekan dan $10 akan diambil.. 5 kali tekan? $50.. nice~ kena 10 hari? $500.. hahaha..




bestkan? pastikan korang dapatkan satu letak kat rumah korang.. hik3...






p/s : jam nih sebenarnya tipu-tipuan jer, dari website ThinkGeek.. tapi, kalau lah ada.... hehehe



Monday, June 6, 2011

 Teringin Nak Jadi Macam Ainan Tasneem




Siapa yang tak kenal dengan cik Ainan Tasneem? beliau adalah salah seorang penyanyi yang meng-cover lagu orang.. suara pun sedap, first time tengok video dia adalah video dia nyanyi lagu Keluang Man, hahaha.. comel gilerr time dia nyanyi part "Keluang Man~ Keluang Man~ Keluang Mannnnnnnnnn~~".. cik Ainan Tasneem kita juga banyak lagi cover lagu-laguan yang lain..


tapi beberapa hari yang lalu, aku pula yang teringin nak jadi macam cik Ainan Tasneem kita nih.. oh no! bukan nak jadi perempuan, tapi nak jadi salah seorang penyanyi yang cover lagu artis lain.. yang typically, akan duduk di kerusi atau mana-mana port yang cantik or senonoh sket..dan duduk menghadap laptop yang ada webcam dalam mode recode.. senonoh means takdelah dalam bilik air.. haa! jangan terkejut kalau ada yang main gitar dalam bilik air, sebab memang ada.. bilik air adalah satu tempat yang best, sebab dia ada echo, tak caya pergi la test! cuba try!.. :p


tapi sedap ke suara? hahaha! memang tak lah.. dah berapa kali test dan memang tak sedap.. pitching ke laut Artik sana! hahaha.. tapi tuhlah.. teringin jugak nak buat.. nak nyanyi tapi sorok muka, haa~ sorok yang macam mane? yang macam nih~





hahaha! buat camtuh, kureng sket malu-maluan nya.. tengok laa nanti,.. ingat nak cover lagu "Dakmie - Yang Terindah" tapi lagu "Radiohead - Karma Police" pon best jugak.. hmm.. yang mane satu meh?....


p/s: sumbang-sumbing

Friday, June 3, 2011

 Hari Pertama Praktikal

macam gua hari nih....

Hoyeahh! kepada mereka-mereka yang dah mula praktikal di firm masing-masing amnya.. dah pada pelajar-pelajar degree akaun UiTM khasnya.. kebanyakan nya akan mula pada hari ini, 1/6/11 dan akan tamat pada 30/11/11.. berlangsungnya praktikal yang best ( best ke? ) nih selama 6 bulan..


Pada mereka yang tinggal dekat Setapak, aku punya firm di Diamond Square Setapak, KL.. malas nak buat jauh-jauh, hehehe, tak kisah laa elaun rendah dari member-member lain.. ada yang buat kat KL sampai dapat RM1000... wow kan? tapi kerja nya, mestilah setimpal macam RM1000 jugak.. hehehe..


So, apa jer yang aku buat pada hari pertama? pada hari nih, biasalah, jumpa Big Boss kat firm, kena briefing pasal tempat kerja, pasal etika la.. siap kena warning jangan macam-macam.. aku plak naik cuak lak nak berkerja.. ehehe.. pastu, dikenalkan dengan semua staff, ditunjukkan aku mana meja tempat operasi aku.. blah pagi sampai ke tengahari, aku diminta untuk study sekejap pasal software UBS.. sebelum nih tak pernah guna, aku guna MYOB .. agak payah di situ.. =( tapi ape yang bestnya, UBS aku ada error, so aku tak mula lagi kerja aku hari nih.. cantek~!! hahaha..


blah petang plak, aku diminta untuk menolong senior dalam department akaun, cek bank statement dengan apa yang direkod dek senior aku.. 2 jam jugaklah menge-cek bersama beliau.. oh ya~ ramai jugak dekat firm aku tuh, sampai aku terlupa jer nama dorang.. hehehe.. awal lagi.. maafkan guaa~ :p


takpelah, esok adalah hari kedua, mungkin UBS aku free dari error.. haihh.. kena buat akaun lah esok nih.. start mengejar dateline sepertimana buat assignment bak boss aku cakap.. takpe boss! saya akan buat habeh baik.. mungkin juga aku akan berada 3 bulan di akaun department dan 3 bulan di audit department plak.. haihh.. pening nih... tapi tuhla, nature seorang budak akaun...


p/s: cepatlah abeh~ cepatla abeh~ hihihi :p

Wednesday, June 1, 2011

 Perhatian Kepada Peminat Puting Susu



Puting susu, adalah salah satu alat nak mendiamkan bayi yang merengek menangis, yang asyik bising nak berkepit dengan emak mereka.. hehehe.. bila dah besar, takde yang nak menghisap puting susu lagi.. tapi bagi mereka yang gian sangat nak dengan puting susu nih, ada jer untuk orang besar punya..

yang macam mane tuh? haaaa~ boleh digunakan bila-bila anda nak~ oh nope~ nih bukanlah entri lucah~ >.<"


Tuesday, May 31, 2011

 Tapai, Halal kah?



Tapai.. salah satu makanan tradisional yang sangat-sangat aku gemari.. kalau ada lah dijual di kedai, jarang aku takkan beli.. selalunya mesti beli.. tak kisah la, tapai pulut ka atau pun tapai ubi ka.. semua aku suka.. hehehe.. tapi, aku ada terperasan adalah sorang nih, twit kat twitter yang ngatekan, tapai tuh haram.. aisehmen.. potong betul..


baru-baru nih kecoh gak yang air barbican, yakni air jus buah dari Arab nun, katenye haram.. tak kisahlah, aku tak pernah minum.. hehehe.. tapi tapai?? aku kisah!


Saturday, May 28, 2011

 Ulangtahun Pertama Blog GombakMali




Hari ini saya berasa sangat gumbira di hati.. sebabnya blog saya yang tak seberapa nih dh berusia setahun jagung.. yeay! hahaha.. macam-macam yang dilalui dalam berblog nih.. ada kena sound, ada yang meng-copy-paste-kan full article masuk kat website dia lah.. macam-macam.. hahaha...






Terasa sangat-sangat bersyukur sebab ada sahaja follower yang sudi follow blog nih.. hahaha.. dari 0 sampai lah ke 545.. wee! saya nak tepuk tangan dengan anda semua.. hehehe.. tak lupa juga kepada anda! the invisible man! silent reader kepada blog GombakMali.. (ada ke?) terima kasih kerana mengikut saya punya post di blog ini.. saya tahu anda ada dan wujud! takyah nak menyorok lagi di balik tiang lampu~ hehehe.. tengkiu tengkiu dan tengkiu lagi.. hehehe...



cat umah lame!

cat umah baru!

Dan  sempena setahun jagung tertubuhnya blog ini, saya dah mengecat "rumah" ini dengan cat yang lain~ haa~ surpriisee~ bak kate EricDecoDeco.. hahaha.. tunggu lagi setahun mungkin saya akan cat dengan cat lain pula, untuk kali nih, cat warna ini dulu.. hehehe.. buat sendiri, jimat dan tak pening kepala nak mencari di Google~ =D


Ramai gak yang saya tengok blog yang lahir bulan Mei.. hehehe! ada yang kembar tak? lahir pada hari yang same dengan saya? :D


Sekali lagi terima kasih kepada anda readers, tanpa anda siapalah saya nih, siapalah blog yang tak seberapa ini nak survived di alam blogger yang besar ini.. hehehe.. tengkiu kepada anda sekali lagi... =D


p/s : tengkiu lagi sekali readers.. xoxoxo

Sunday, May 22, 2011

 Fakta Mengenai Kucing

Kucing, salah satu binatang yang sangat lemah lembut, suka di manja, suka dibelai sampai lah mereka buat bunyi "PPUuuuUUuRrrRR" mereka.. comel sangat.. ahaha.. tapi dalam banyak-banyak kucing, aku suka kucing yang manja dan tak "sombong".. kekadang kucing macam kucing Parsi, dorang nih jenis yang sombong sedikit.. pegang sket, trus nak jilat tempat yang kita pegang, kotor lah konon nya.. geram je wa tengok.. hahaha..



Saturday, May 21, 2011

 Susahnya Guna Nombor yang di Kitar Semula!



Korang pernah kena dengan kejadian seperti nih? dah penat-penat beli nombor, tak lama pastu, ada orang yang tak dikenali menelefon anda, tanya,

Assalamualaikum, nih polan bin polan kan? dia ada hutang dengan bank kami nih...


 hayoyo.. takada ok? dan kami tak kenal pon dengan si polan ini.. ada juga yang menelefon, bertanya seperti ini,

Hello! nih nombor adik saya nih, dua hari lepas dompet dan telefon dia hilang! bagi la balik.. jangan jadi pencuri!


ya Rabbi... kami tak kenal pon dengan adik anda, macam mana anda boleh cakap kami mencuri pulak? nih laa dia.. suma nya disebabkan nombor yang dikitar semula.. nak beli nombor yang custom punya, mahal, beratus-ratus.. beli nombor yang murah Rm8, Rm10.. kena benda macam nih pulak..


nak marah-marah pun, tak guna gak, bukan salah kita kan? sekarang nih, nombor telefon mak aku akan berdering setiap hari dari pihak bank mengatakan mencari polan si polan nih.. so, tiap petang kami takkan angkat dari bank tuh.. hehehe.. katenye takyah telefon, dorang akan bagi alasan yang computer dial-kan untuk dorang.. so nak tak nak.. buat tak peduli jerla.. huhu..


p/s : bukan setakat kaca, kertas, botol dan tin jer dikitar semula.. nombor pon same.. =(

 Senarai Akustika



Bermain gitar adalah satu hobi yang best.. hahaha.. dengan bermain gitar anda boleh melepaskan tension anda dengan menyanyi sambil bermain gitar, walaupun suara anda tidak lah begitu sedap macam aku nih.. hehehe.. kalau suara sedap, dah lama masuk Mentor ataupun AF.. bayangkan bermain gitar di rumah adalah sesi karaoke sendiri, tak payah nak bayar apa-apa..

Nama pun dah macam sesi karaoke, mestilah ada setlist lagu yang tersendiri.. haa.. dalam entry nih aku cuba berkongsi dengan korang setlist yang selalu aku main bersama-sama gitar kapok adik aku.. kalau gitar elektrik, lagu lain pula.. hehehe..


Friday, May 20, 2011

 Badan Berbau? Tiada Masalah!



Assalamualaikum!

Haa! ini ada  berita baik kepada mereka yang mempunyai badan  yang berbau.. sebabnya, aku ada petua yang dibukti berkesan untuk menghilangkan bau-bauan yang busuk itu dari badan anda.. anda tidak perlu menyental dengan sabut kelapa, mahupun sental dengan berus besi.. tidak perlu!


ok! jom kita tengok apa yang boleh tolong korang yang ada masalah bau-bauan ini!


Thursday, May 19, 2011

 AL-Fatihah Kepada Blogger TelorDiBasuh



Assalamualaikum bloggers...

hari ini, kita kehilangan seorang lagi blogger yang ada kat Malaysia nih.. iaitu blogger TelorDiBasuh.. pada yang dah lama berblogging mungkin kenal pada arwah.. arwah meninggal dikatakan kerana jangkitan di paru-paru beliau.. marilah kita berdoa untuk arwah.. semoga Allah s.w.t mencucuri rahmat ke atas beliau..

selain dari arwah TTT, sedih kembali kerana kehilangan seorang lagi rakan dalam blog.. walaupun tidak pernah bersua, tapi kehilangan arwah terasa.. teringat di kala beliau menziarah blog ini.. dan membuat entry yang kelakar...

Al-Fatihah....

 Rama-Rama Dalam Perut

Wah! apakah maksud tajuk sebegini? ada orang makan rama-rama ke? ahaha.. Rama-rama dalam perut atau bahasa inggerisnya, Butterfly in the Stomach, merujuk kepada perasaan cuak, nervous, menggelabah atau sewaktu dengannya.. bila korang akan terasa perasaan ini?

Selalunya korang akan merasa rama-rama ini datang bila di saat korang rase takut atau nervous yang amat sangat macam nak bagi ucapan depan orang ramai, terasa terancam ataupun korang berjumpa dengan orang yang boleh buat korang nervous.. macam orang yang korang admired ker? hehehe...



tapi apa kena mengena tajuk ini dengan aku? haaa... ini disebabkan aku sekarang dah merasa perasaan ini... sebabnya, aku sekarang ada minat dengan itu satu wanita.. yaa~ aku sekarang tengah suka itu wanita.. tapi itu wanita tak tahu lagi yang aku suka dekat dia.. hehehe..

pada korang yang merasa macam nih, benda nih normal jer.. cuma kekadang akan jadi teruk sebab tak terkawal.. hehe.. seriap kali korang nak bercakap or pandang orang yang korang suka tuh, korang akan stumbled sekejap yakni terkedu, kemudian perut akan merasa tak berapa nak sedap.. sebabkan nervous tadi... hahaha..

haii.. entah kenapa tetiba ada feeling camnih plak.. hahaha.. kepada wanita itu, ketahuilah, anda sorang jer yang boleh buat saya macam nih. tak seperti perempuan sebelum ini... =)

p/s : sorry~ terlalu hangover sebab mengantuk sangat.. ehehe..

 Tutorial : Letak Icon Sebelah Tajuk Post

Assalamualaikum and evening bloggers!

Dah lama tak buat tutorial pasal blog, kali nih ada sedikit tutorial yang saya nak kongsi dengan anda semua~ hehe! tutorial kali nih nak ajar korang macam mana nak letakkan icon di setiap tajuk post kat blog korang.. macam yang korang tengok kat blog saya nih, saya gunakan gambar mentol~


so apa yang perlu korang buat? =)


Wednesday, May 18, 2011

 Perangai Tipikal Orang Malaysia

Assalamualaikum and evening bloggers!

hari nih saya nak bercerita pasal perangai tipikal orang Malaysia.. ape itu perangai tipikal? peranga tipikal adalah perangai yang dimana orang Malaysia selalu buat.. kalau ada antara list perangai nih anda tak buat, mungkin anda bukanlah orang Malaysia.. kot? haha..

ok! jom kita tengok, ape dia perangai orang Malaysia nih? :D


Wednesday, May 4, 2011

 Mitos Warna Kertas Peperiksaan



Assalamualaikum bloggers!

apa khabar pada anda semua? harap-harap sehat sentiasa.. tiada yang demam-demam, yang batuk-batuk.. sebab ape? sebab hujung bulan 4.. adalah musim peperiksaan bagi mereka yang yang tengah ambil diploma mahupun degree.. hahaha~ so harap korang sehat laa yer.. so nak crita pe kali nih?

mesti ramai diantara korang yang pernah dengar bahawa... WARNA kertas peperiksaan bawak kepada maksud mereka tersendiri.. maksud macam mane??


Sunday, April 24, 2011

 Akhirnya... Fernando Torres Buka Akaun Gol....




Assalamualaikum bloggers!

hari nih nak buat entri pendek jer.. hehehe.. dah lame tak menaip blog nih.. hari ini dalam sejarah untuk kelab Chelsea.. kenapa? pada minit 84' ketika melawan West Ham United hari ni, pemain mereka yang paling mahal iaitu FERNANDO TORRES.. akhirnya, membuat gol peribadinya yang pertama..

pakcik tengok tadi ketika saat dia tendang bola tuh masuk.. bukan main bersorak lagi kat umah nih.. hahaha.. tolonglaa.. dah 5 bulan baru score satu gol.. dahlah harga kalahkan KLCC.. 50 million pound.. well, mungkin ada antara korang kate.." hak laah! baru satu gol~ kecoh! "

memang~ tapi cuba jikalau anda di tempat coach ataupun owner kelab yang dah bersusah payah membeli, tapi tak score satu gol pon.. mesti sakit hatikan~ hahaha.. tapi better than nothing bak kate omputih... hehehe.. gol tadi pon berjaya buatkan coach Chelsea, Ancelotti tersenyum lebar sekejap.. kalau tak, dia lah orang paling takde perasaan time gol..

tapi dorang celebrate tadi macam dah menang liga.. betul-betul lepas itu geram tengok Torres tak score-score dari Januari dulu.. hahaha.. now he has scored, harap score lagi laa yer pasnih En.Torres.. you're gonna replaced Didier Drogba someday.. its time for you to find your on form again.. (cakap omputih sekali sekala.. ) hehehe..

ok lah yer! saje nak merepek malam-malam before nak tido nih.. esok dah kena menghadap buku dan habiskan 12 chapters yang sedia terhidang.. hahaha..

p/s : selamat maju jaya kepada Chelsea~ hoyeahh! :p

Wednesday, April 20, 2011

 And Here Comes The Finale



Assalamualaikum bloggers~

apo kabo semua? hehe.. harap-harap sihat laa yer.. pertama sekali saya nak mintak maaf lah yer pada yang saya betul-betul tak sempat nk berblogwalking.. nanti apabila semua nih dah selesai, akan jadi blogger sepenuh masa balik.. hehehe..

so, apabila di hujung-hujung sem nih, almaklum lah, final exam pon dah nak dekat... paper saya akan bermula pada 27/4.. dan paper nih, boleh dikatakan antara yang paling tough.. sebab banyak membaca.. haiyoyo.. i used to like reading subject.. hahaha.. tapi kenapa akhir-akhir nih, tak datang mood nak membaca tuh.. takpe! semua nih boleh diselesaikan! :p dan berakhirya paper nih pada 10/5.. ada 5 paper yang perlu ditempuh.. T___T

so kepada anda semua yang menjalani final exam juga, Good Luck kepada anda semua.. dan marilah kita berdoa supaya bersama-sama dapat keputusan yang cemerlang.. tetapkan objektif anda.. buatlah untuk parents anda.. tu yang paling mujarab untuk motivate anda utk buat final.. =)

bye-bye for now.. jumpa nanti lepas exam.. saya akan serang semua blog anda~ weeee~ =D

Tuesday, April 5, 2011

 Malam Itu Kami Terasa Mewah


Assalamualaikum kepada bloggers! =)

hari nih, saya nak berkongsi dengan anda semua tentang event yang terjadi pada malam 2/4/2011 tempoh hari! haha! pada malam 2/4/2011 tersebut, saya dan kawan-kawan terasa megah (megah ke?) terasa kaya ( padahal poket berhabuk) pada malam tuh.. ada apa dengan malam 2/4/2011 tempoh hari? haaa~


Saturday, March 19, 2011

 Kejadian Super Moon


Assalamualaikum and Good Evening bloggers!

hahaha! hari nih datang nya mood nak meng-update-kan blog yang sudah lama tak ter-update nih.. hari nih, ak nak ceritakan dekat korang yang mungkin tak tahu pasal, Super Moon.. haaa! hari nih 19/3/2011 adalah tarikh dimana fenomena Super Moon akan terjadi.. :) so ape itu Super Moon?

Super Moon adalah........

Tuesday, March 8, 2011

 Tabung-Tabung Stylo!



As salam bloggers! :D

harap anda sihat walafiat lah ye? :) saya dekat sini, Alhamdulillah, sihat, cuma kesibukan melanda diriku nih lagi, dengan test, assignment yang berlambak-lambak.. hehehe.. maaf jugak, maaf tersangat-sangat pada yang datang, tapi saya  tak dapat balas lagi, nanti saya datang eh! :D

so siapa yang suka menyimpan duit? bukan dekat bank yang kena bukak akaun dan bukan juga dekat bawah bantal / tilam atau terselit-selit di ceruk mana-mana.. tapi simpan kat dalam tabung~ kat sini, ak ada beberapa tabung yang stylo, yang membuatkan aku terasa nak menyimpan duit syiling dekat rumah.. :)


Monday, February 21, 2011

 Justin Bieber Dah Mati?



As salam bloggers?

Ape khabar korang? harap sihat-sihat laa yer? kalau ada yang sakit tuh, makanlah ubat.. hehehe.. so ape cerita untuk kali nih? haaa.. sape minat Justin Bieber kat sinih? percayalah dengan tajuk di atas yang Justin Bieber nih dah mati ditembak.. pada peminat beliau! silalah jangan menangis..

menurut berita, kejadian nih berlaku pada.....

Saturday, February 19, 2011

 Burung-Burung Yang Marah


As Salam bloggers!

Ape khabar korang? hehe! harap-harap sihat sejahtera laa yer? sorry sebab lama dah tak update or pergi blogwalking dekat blog korang.. nih semua sebab kesibukan menjadi student... hehe.. student kan? biase lah, sibuk dengan assignment semua, kalau dah kerja nanti? sibuk dengan kerja pulak~ :)

ok-ok! dah! hari ni, aku nak cerita tentang salah satu game yang aku minat sangat main.. memang hanyut laa kalau dah terjebak.. mungkin antara korang pun ada yang tahu.. game yang aku maksudkan adalah Angry Birds.. beshh yokk! :D


Tuesday, February 1, 2011

 Fernando Torres ke Chelsea

taken from chelseafc

Salam bloggers!

hari nih mungkin menjadi hari yang buatkan aku gembira sebagai penyokong Chelsea.. sebabnya, Fernando Torres akan ke Stamford Bridge, Chelsea.. hoyeah! ahaha.. Chelsea yang berbekalkan €58.5m, dapat menandatangani Fernando Torres, yang mana, die taknak perbaharui kontrak baru die bersama LiverFool.. eh! LiverPool.. die memang nak di-transfer-kan pun :p


taken from goal.com

Kontrak yang selama 5 tahun setengah, disain bersama Chelsea.. FYI, Fernando Torres pernah bermain 142x dan menjaringkan gol sebanyak 81x di Liverpool.. not bad laa tuh.. :) nanti bolehlah menggantikan Didier Drogba yang semakin dimamah usia.. aku tengok die pon nak berlari kejar bola pun dah tak berape laju macam dulu.. semput dah naik kot..

harap-harap, Fernando Torres boleh tolong Chelsea dalam keadaan menyerang nanti.. hoyeah!  :D jangan harga jer mahal tapi tak function sudah! :p

p/s : sorry to you Liverpool, but you signed Luis Suarez, not bad either! :)

Saturday, January 29, 2011

 Cara-Cara Comelkan Motor Anda



Salam bloggers...

Pertama sekali, Gongxi Fat Cai kepada Chinese yang ada di Malaysia nih.. :) dapat la limau free dari kedai-kedai yang menyambut CNY nih.. :) skang aku tengah cuti seminggu.. hehehe :)

Pastu, sorry kepada korang aku jarang blogwalking, sebab terlalu sibuk sem ini.. hehe.. banyak assigment semua dan hidup menjadi sangat-sangat tak teratur, jiwa kacau.. sorry tersangat-sangat :)

so ape cerita kali nih? haaa! aku terjumpa satu benda yang kelakar time aku kat Perak aritu.. motor korang ade ke benda nih? kalau motor korang ade benda nih, motor korang dah cukup comel.. :)


Friday, January 21, 2011

 Berakhirnya Satu Cerita, Setelah 4 tahun Bersama



Salam bloggers!

harinih, adalah satu hari yang menyedihkan saya.. bayangkan, orang yang anda sayang selama 4 tahun, dah mula buat perangai, degil dan langsung taknak terima cakap anda.. sangat sedihkan? lagi cukup mengecewakan bila orang itu langsung tidak ambil kisah apa yang anda rasa.. bila diajukan soalan..

" Awak tak ambil kisah ke bila saya kata saya rasa kecewa awak buat macam nih? "

dan jawapan nya.. 

" Tentulah saya ambil kisah.. jangan cakap camtuh.. "

mengapa mulut kata ya, tapi sikap dan perlakuan kata tidak? macam nih kah perangai kau bila dah 4 tahun bersama?..

aku bukan nak mengungkit, tapi walaupun sudah bnyak kali aku berkorban sebab kau, tapi kenapa kau langsung taknak dengar cakap aku?

sedangkan cakap kau banyak aku yang aku ikut sebab taknak bagi kau kecewa / sedih.. sedaya upaya aku cuba tunaikan ape yang ko hajati, nak memenangi lagi hati kau.. tapi ini ke ko balas untuk selama nih?...

kau kata kau bersalah buat aku macam nih, tapi kenapa kau langsung tak ubah apa yang kau bersalah tuh? kenapa kau tetap pada pendirian kau yang kau sendiri mengaku yang kau salah?mintak maaf, then still stick what you do.. baik tak payah mintak maaf.. buat aku sakit hati jer..

terima kasih selama 4 tahun ini.. terima kasih for everything.. tunggulah, what goes around, comes around.. and that time kau akan tahu sakitnya bila orang kecewakan kau pula..

p/s : bila something tuh hilang.. baru tahu nilainya? mungkin time tuh, semua dah terlambat utk kau nyesalkan...

Tuesday, January 18, 2011

 No Gelak Challenge



Salam bloggers!!

Semalam tengah browse-browse video kat youtube.. aku terjumpa satu video nih, yang memang, kelakar gila.. aku sampaikan menangis masa gelak.. adehh~ memang superb punya video, terima kasih bebanyak kepada pencipta dia, memang lawak gila..


Friday, January 14, 2011

 Lombong oh Lombong



Salam bloggers!

haa~ hari nih aku nak kong si sedikit dengan korang, aktiviti di masa lapang aku sekarang.. iaitu... memancing.. haha~ aku mula terjebak dengan memancing nih masa di sem 5 tahun lepas.. serumah dengan budak-budak yang kaki pancing, aku pon mula terjebak sama.. untuk kali nih, aku kongsi dengan korang, pengalaman aku memancing di lombong.. bestt ohh! :P


Wednesday, January 12, 2011

 Seberapa Beranikah Anda?



Salam bloggers!

Beranikah ke kau? itulah persoalan yang selalu orang tuju kat kita bila berdepan dengan sesuatu.. tak kisahlah pasal apa pun.. kekadang tercabar / terbakar bila orang cakap macam itu kat kita.. hehehe~ tapi, aku ada terjumpa sesuatu dekat web, yang mungkin mencabar korang untuk mencuba nya.. well, the big question is, are dare enough? :)


Monday, January 10, 2011

 Notis Karaoke Yang Kelakar

Salam bloggers!

Bahasa Melayu.. bahasa kebangsaan kita, semua kaum kat Malaysia nih gunakan bahasa yang sama untuk berkomunikasi dan antara salah satu simbol perpaduan antara kita.. haha! skema plak! tapi ada kekadang yang kelakar apabila ayat dia macam tunggang-langgang.. hehehe.. tunggang-langgang yang macam mane? haa~ anda tengok sendiri laaa~ :P


taddaa!
notis nih aku dapat masa aku pergi karaoke jamban dekat Tesco Pengkalan kat Perak baru-baru nih.. aku yang tengah tunggu turn nak menyanyi, terbaca notis nih.. hahaha~ kelakar betul notis nih.. boleh korang spot yang mana tang kelakar dia? mungkin owner dia keliru cemane nak buat ayat yang sedap sedikit.. so main tepek, jadilah macam nih.. hahaha~

p/s : kalau korang takleh... korang tak kelakar arr~ :(

Sunday, January 9, 2011

 Adidas oh Adidas...

brand paling stylo!


Salam bloggers!

Semalam, penat seharian keluar mencari dan membeli barang.. hajat aku nak beli kasut Adidas Ezeiro II, tak kesampain pula.. sedih, kecewa betul.. sebab apa? sebab dah 3 kedai yang berasingan aku pergi dengan member aku.. sampai ke malam mencari kasut tersebut.. tapi tak jumpa-jumpa jugak.. macam mane rupe kasut sampai aku tergila-gila sangat tuh?

Adidas Ezeiro II in
 haiyyaa~ lawa tersangat-sangat.. aku suka material dia.. best, tak macam kasut yang lain.. pastu aku tengok pula kat website Adidas.. ternampak pula Adidas Brodick.. pun lawa juga..

Adidas Brodick

haiiyaa lagi sekali.. mana satu pilihan hati? tapi aku berat dekat Ezeiro II.. huhu.. nih aku beli kasut semua disebabkan kasut aku kena CURI.. tah siapalah punya kerja.. langsung aku takde kasut nak ke kelas.. kuang hasam betul! tempanglah sape-sape yang amik kasut aku tuh.. kena langgar ke! doa orang yang teraniaya.. antara doa yang senang termakbul...

p/s : abehlaa duit PT aku.. hahaha